SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Memaparkan catatan dengan label mikroekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mikroekonomi. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mac 2011

Penutupan Firma

Penutupan Firma

Dalam jangka pendek :
- TC terdiri daripada VC dan FC.
- FC perlu ditanggung walaupun Q = 0.
- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.
- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.

Dalam jangka panjang :
- TC hanya ada VC sahaja.
- FC telah berubah menjadi VC. Cth, pertambahan kilang.
- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.
- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.

Huraian situasi melalui keluk :

Keadaan apabila AR sama dengan AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OPEQ dan FC sebanyak PRXE (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR sama dengan AVC, firma dapat menanggung VC. Dengan ini, firma hanya mengalami kerugian sebanyak PRXE (FC) sahaja. Maka, firma masih boleh meneruskan operasinya.


Keadaan apabila AR lebih kecil daripada AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ dan FC sebanyak P1RXY (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR lebih kecil daripada AVC, firma tidak mampu menampung keseluruhan VC. Dengan ini, firma mengalami kerugian sebanyak PRXE (baki VC (PP1YE) + FC). Maka, firma tidak boleh meneruskan operasinya.


Keadaan apabila AR lebih besar daripada AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ dan FC sebanyak P1RXY (AC = VC + FC). Oleh sebab AR lebih besar daripada AVC, firma dapat menanggung VC, dan ada baki TR sebanyak P1PEY. Dengan ini, firma dapat mengurangkan kerugian FC sebanyak P1PEY. Maka, firma masih boleh meneruskan operasinya.


p/s : terdapat banyak faktor lain kenapa firma tetap meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian yang banyak.

Sabtu, 26 Mac 2011

MENGAPA UNTUNG NORMAL FIRMA PERSAINGAN SEMPURNA JANGKA PANJANG DIANGGAP ISTIMEWA? (MARKET EFFICIENCY AND FULL CAPACITY)

Dalam jangka panjang, hanya ada kos berubah. Ertinya, AC sepenuhnya juga ialah AVC. Bagi sesebuah firma persaingan sempurna (PS), proses penyesuaian mengakibatkan semua firma hanya akan menikmati untung normal dalam jangka panjang, iaitu menerusi proses keluar masuk firma dalam pasaran.


Pertamanya, untung normal firma PS jangka panjang tercapai di titik minimum LAC dan SAC serentak. Hal itu bermakna bahawa berlaku kecekapan pengeluaran. Keseimbangan MR = MC tangen dengan minimum AC.

[Huraian merujuk gambar rajah: lukis keluk yang lengkap dengan label paksi: Hasil, kos (RM); Keluaran (unit), 0; label keluk: LAC, SAC, SMC, AR, MR, DD, P, SMC; Lokus keseimbangan: Eo, Po, Qo].

Kedua, keseimbangan MC = MR firma PS jangka panjang tercapai pada P = MC, iaitu berlakunya kecekapan peruntukan. Keadaan itu bermakna bahawa firma telah memperuntukkan faktor dengan cara paling cekap bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat. Keadaan ini tidak akan berlaku dalam struktur pasaran lain sama ada jangka pendek, mahupun jangka panjang.

[sekali lagi huraian merujuk gambar rajah yang sama]

Ketiga, untung normal firma PS jangka panjang menunjukkan tercapainya keupayaan penuh, tiada lebihan kapasiti atau pembaziran sifar. Minimum SAC tangen (menyentuh) minimum LAC yang bererti loji optimum. Pada lokus sama, berlaku keseimbangan MR = MC. Apabila loji optimum bersamaan keluaran (output) seimbang bermakna wujudnya keupayaan penuh.

[huraian merujuk keluk yang sama]

Akhirnya, untung normal firma PS jangka panjang bersamaan titik tutup firma PS dalam jangka panjang. Syarat meneruskan operasi pengeluaran bagi mana-mana firma ialah keupayaan menampung minimum AVC, atau TR = TC. Disebabkan dalam jangka panjang AC ialah sepenuhnya AVC, maka titik minimum AC ialah titik minimum AVC. Keseimbangan MR = MC juga tercapai di lokus yang sama, bererti titik tutup firma berada pada kecekapan pengeluaran, kecekapan peruntukan dan tingkat keupayaan penuh.

[huraian masih merujuk keluk yang sama]

Sabtu, 26 Februari 2011

Kos Pengeluaran Jangka Panjang

Kos Pengeluaran Jangka Panjang


- Semua kos adalah kos berubah (VC)
- Firma cuba Meminimumkan Kos Pengeluaran.
- Firma cuba Memaksimumkan Keuntungan.

Pembentukan Keluk :

LAC = Longterm Average Cos
(kos purata jangka panjang)

SAC = Shorterm Average Cos
(kos purata jangka pendek)

- Berkaitan dengan pemilihan saiz loji pada pelbagai tingkat output supaya kos pengeluaran adalah minima.

cth : sebuah firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza.

Keluk kos purata jangka pendek (SAC)




Pada titik A iaitu pada loji 1, kos pengeluaran ialah C0, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q0. Pada titik B iaitu pada persilangan antara keluk loji 1 dan loji 2, kos pengeluaran ialah C1, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q1. Semasa di titik B, kedua-dua loji boleh digunakan untuk menghasilkan kuantiti pengeluaran sebanyak Q1, tetapi kos yang ditanggung ialah sebanyak C1.

Pada titik C iaitu pada loji 2, kos pengeluaran ialah C2, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q2. Loji 2 pada titik C adalah yang paling sesuai kerana kos pengeluaran yang diperlu ditanggung ialah sebanyak C2 iaitu penurunan kos sebanyak C1-C2, manakala hasil kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan adalah sebanyak Q2 iaitu pertambahan sebanyak Q2-Q1.

Keluk Perancangan LAC

- Penurunan keluk adalah disebabkan ekonomi bidangan dalaman dan luaran.
- Kenaikan keluk adalah disebabkan disekonomi bidangan dalaman dan luaran.
- Keluk berbentuk U.


Ekonomi Bidangan :

- Apabila kuantiti pengeluaran bertambah, maka Kos menurun.
- Faedah yang dinikmati oleh firma akibat pengeluaran secara besar-besaran yang menyebabkan kos purata jangka panjang menurun.
- Perkembangan industri secara keseluruhan.

Dalaman :-

(a) Ekonomi Pengkhususan
- Pengkhususan kerja lebih cekap dan cepat mengikut kemahiran akan menyebabkan kos purata menurun.

(b) Ekonomi Pengurusan
- Pengurusan kerja cekap dan sistematik menyebabkan kos purata menurun.

(c) Ekonomi Kewangan
- Perkembangan firma memudahkan untuk peroleh wang pinjaman atas keyakinan bank terhadap firma, kos meminjam lebih rendah .

(d) Ekonomi Pemasaran
- Penghasilan output besar-besaran menyebabkan firma membeli input pukal dengan harga yang lebih murah, perbelanjaan kos dapat dikurangkan.

(e) Ekonomi Teknikal
- Penggunaan teknologi mesin yang produktif dalam pengeluaran output dapat menjimatkan kos.

Luaran :-

(a) Ekonomi Penempatan
- Loji berdekatan dengan kawasan perumahan memudahkan mendapat pekerja, kos mencari pekerja berkurang.
- Loji berdekatan dengan kawasan infratruktur dan jaringan pengangkutan yang lengkap memudahkan penghantaran.

(b) Ekonomi Teknologi dan Maklumat
- Kejayaan dalam R&D oleh sebuah firma memberi faedah kepada firma-firma lain.
- Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran firma dan seterusnya menurunkan kos setiap 1 unit keluaran.


Disekonomi bidangan :

- Masalah yang dihadapi oleh firma akibat pengeluaran besar-besaran yang menyebabkan LAC meningkat.

Dalaman :-

(a) Disekonomi Pengkhususan
- Kerja rutin menyebabkan pekerja bosan, maka prestasi pekerja terjejas, dan merugikan firma.

(b) Disekonomi Pengurusan
- Pengurusan mengalami kerumitan apabila wujudnya banyak jabatan yang dikawal oleh seorang pengurus.
- Seorang pengurus tidak dapat mengawal sejumlah kakitangan yang ramai, kemudiannya kawalan ke atas firma menjadi tidak cekap, dan menjejaskan kualiti pekerja, seterusnya meningkatkan kos pengeluaran.

(c) Disekonomi Teknikal
- Pada 1 masa, teknologi mesin akan mengalami kerosakan akibat penggunaan secara berterusan, dengan ini akan meningkatkan kos pengeluaran kerana perlu membaiki mesin yang rosak, dan juga menyumbang kepada kos penyelenggaraan mesin.

Luaran :-

(a) Kekurangan Faktor Pengeluaran
- Kemasukan firma yang banyak di kawasan perindustrian membawa kepada masalah kekurangan bahan input, kesukaran pekerja mencari tempat tinggal, menyebabkan peningkatan kos pengeluaran firma dalam kawasan perindustrian tersebut.

(b) Kos Sosial
- Masalah pencemaran alam yang dilakukan oleh loji akan menyebabkan firma terpaksa mengeluarkan kos untuk mengurangkan kadar sisa yang dihasilkan oleh loji.
- Masalah kemalangan di tempat kerja juga menyebabkan peningkatan kos pengeluaran.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Dengan bantuan gambar rajah huraikan bagaimana kenaikan harga petrol mempengaruhi permintaan kereta





Petrol ialah barang pengenap kepada kereta. Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan kereta bekurang.
Keluk permintaan kereta yang asal ialah D0D0. Keluk permintaan kereta beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 apabila permintaan kereta berkurang.

Kuantiti kereta yang diminta berkurang dari Q0 ke Q1 walaupun tingkat harga kereta tetap pada P.

Mengapa firma masih meneruskan operasi walau pun mengalami kerugian














Firma masih dapat meneruskan kegiatannya dengan menggunakan jumlah hasil untuk membiayai semua kos berubah dan menutup sebahagian kos tetap.
• Kerugian firma adalah lebih besar jika firma menutup berbanding dengan firma meneruskan operasinya. Justeru itu firma harus meneruskan operasinya untuk mengurangkan kerugian.
• Alasan-alasan lain :
i. Jika firma berhenti, firma akan kehilangan semua pelanggannya kerana pelanggannya telah beralih kepada pengeluar lain.
ii. Jika firma berhenti sementara dan memulakan operasi semula kemudian, firma terpaksa melatih tenaga buruhnya semula.
iii. Jika firma memberhentikan operasinya , firma akan mendapat imej yang buruk yang sukar dipulihkan semula di kemudian hari.

Mengapa P=MC dalam PPS

Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna sentiasa mencapai kecekapan peruntukan?

Kecekapan peruntukan tercapai apabila harga barang sama dengan kos sut menghasilkan barang itu, iaitu, P = MC.

Bagi firma pasaran persaingan sempuran harga barang adalah sama dengan hasil sut dan hasil purata, P=MR=AR.

Keuntungan maksimum firma tercapai apabila hasil sut sama dengan kos sut, iaitu MR = MC .

Jika MR melebihi MC, firma akan menambahkan keluaran untung memaximumkan keuntungan. Sebaliknya jika MR kurang daripada MC, firma akan mengurangkan keluaran untuk memaksimumkan keuntungan.

Keseimbangan firma tercapai apabila MR=MC, dan P =MR, P akan selalu sama dengan MC.

Selasa, 10 Ogos 2010

Keanjalan dan Jumlah Hasil



Berdasarkan rajah, dapatlah disimpulkan hubungan antara keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil adalah seperti berikut:

a) harga barang pada bahagian keluk permintaan yang anjal(Ed>1)
Kejatuhan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta dengan kadar yang lebih besar. Oleh itu jumlah hasil akan meningkat

b) harga pada bahagian keluk permintaan yang anjal satu (Ed=1)
Jumlah hasil adalah maksimum. Kejatuhan atau kenaikan harga tidak akan mengubah jumlah hasil

c) Harga pada bahagian keluk permintaan yang tidak anjal (Ed<1)
kejatuhan harga barang akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta dengan kadar yang lebih kecil. Oleh itu jumlah hasil akan berkurangan.

konsep keanjalan,

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran
1. Pengenalan.

Program ulangkaji kita pada kali ini akan membincangkan tajuk keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Ia merupakan tajuk kedua dalam sukatan pelajaran baru. Fokus ulangkaji kita untuk tajuk ini adalah berkenaan dengan:

a) Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.
b) Menghitung nilai keanjalan dengan menggunakan rumus.
c) Membezakan darjah keanjalan permintaan dan penawaran.
d) Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan dan penawaran.
e) Hubungan antara keanjalan permintaan dengan hasil jualan (jumlah hasil).


2. Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.

Perubahan kuantiti barang yang diminta boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti perubahan harga barang itu sendiri, perubahan harga barang lain dan perubahan pendapatan pengguna.

Keanjalan permintaan harga boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri. Keanjalan permintaan silang pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang lain. Seterusnya, keanjalan permintaan pendapatan boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti barang diminta terhadap perubahan pendapatan pengguna.

Keanjalan penawaran pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti ditawarkan sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri.


3. Menghitung nilai kenajalan

Keanjalan permintaan harga boleh dihitung dengan menggunakan rumus.
Ed= %Perubahan Qd/% Perubahan Harga

Nilai keanjalan permintaan harga yang diperolehi adalah negatif. Ini hanya menunjukkan terdapatnya hubungan songsang diantara harga dengan kuantiti.
Nilai keanjalan ini menunjukkan kesan perubahan harga sebanyak 1 unit terhadap perubahan kuantiti barang yang diminta (keanjalan titik)Keanjalan permintaan silang pula dihitung dengan menggunakan rumus,

Es = % perubahan kuantiti barang X diminta/
% perubahan harga barang Y (barang lain)

Nilai keanjalan silang yang diperolehi mungkin negatif, positif atau 0. Nilai keanjalan ini boleh digunakan untuk mengelaskan barang seperti berikut:
Nilai Es Contoh barang
Negatif
Positif
Sifar Pengganti
Penggenap
Tiada kaitan
Manakala keanjalan permintaan pendapatan boleh dihitung dengan menggunakan rumus,

Ey = % perubahan kuantiti diminta/
% perubahan pendapatan

Nilai keanjalan pendapatan yang diperolehi boleh digunakan untuk mengelaskan barang, seperti berikut:
Nilai Ey Contoh barang
Ey = 0
1> Ey > 0
Ey > 1
Ey < 0 Barang mesti
Barang normal
Barang mewah
Barang bawahan

3. Darjah keanjalan permintaan dan penawaran.

Darjah keanjalan permintaan boleh di kategorikan kepada lima iaitu,

Darjah keanjalan Nilai Ed Implikasi Gambarajah

1.Tidak anjal sempurna atau sifar
Ed = 0
Kuantiti tidak berubah
walaupun harga berubah.

2. Tidak anjal atau kurang anjal

1 > Ed > 0



% perubahan kuantiti diminta kurang daripada % perubahan harga.


3. Anjal satu atau uniti


Ed = 1

% perubahan kuantiti diminta sama dengan % perubahan harga.

4. 4. Anjal atau
5. lebih anjal

¥ > Ed > 1


% perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada % perubahan harga.


5. Anjal sempurna atau infiniti
Ed = ¥
Pengguna hanya membeli pada harga yang ditetapkan





4. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan

a) Wujudnya barang pengganti
Lebih banyak barang pengganti, permintaan barang adalah lebih anjal.

b) Sifat barang.
Jika barang adalah barang mesti, permintaan barang adalah tidak anjal.
c). Bahagian pendapatan yang dibelanjakan untuk barang.
Jika sebahagian besar pendapatan digunakan untuk perbelanjaan, permintaan barang lebih anjal.

d) Masa.
Lebih lama jangka masa diperlukan untuk pengubahsuaian terhadap permintaan, permintaan barang lebih anjal.

e). Kepelbagaian kegunaan barang.
Jika barang mempunyai lebih kepelbagaian kegunaan barang, permintaan barang lebih anjal.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran.

a) Kos pengeluaran tambahan.
Tambahan pengeluaran yang mengakibatkan tambahan kos pengeluaran yang tinggi, penawaran barang tidak anjal.

b). Corak penggunaan faktor pengeluaran.
Jika pengeluaran barang memerlukan faktor pengeluaran yang khusus, penawaran barang tidak anjal.

c) Masa.
i. Jangka masa yang singkat, pengeluaran tidak boleh ditambah. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal sempurna.
ii. Jangka masa pendek, penambahan barang adalah terhad. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal.
iii. Jangka masa panjang, faktor pengeluaran boleh berubah dengan mudah. Oleh itu penawaran adalah lebih anjal.


6. Hubungan antara keanjalan permintaan dengan jumlah hasil.
Hubungan tersebut boleh diterangkan melalui gambarajah berikut;

Contoh Soalan Latihan Keanjalan

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran
1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga dan keanjalan permintaan silang? [4]
b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, tunjukkan bagaimana keanjalan tersebut
dihitung. [6]

2. a) Bezakan antara penawaran yang anjal dengan penawaran yang tidak anjal[4]
b) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran. [6]

3. Dengan menggunakan konsep keanjalan permintaan, terangkan bagaimana
perubahan harga boleh mempengaruhi jumlah hasil? [10]



5. Dengan menggunakan keanjalan permintaan pendapatan, terangkan
bagaimanakah barang-barang berikut dapat ditentukan.
i. barang normal (biasa)
ii. barang mewah
iii. barang bawahan. [6]


________________________________________
Rangka jawapan

1. a) Berikan definisi keanjalan permintaan harga dan keanjalan permintaan silang.
b) - Rumus
- Contoh berangka, secara jadual atau penyataan
- Cara pengiraan.
- Mentafsir nilai keanjalan.

2. a) Bezakan dari segi nilai keanjalan dan implikasi kejatuhan harga terhadap
penawaran.
b) Jelaskan tiga faktor di atas

3. Perlu lukiskan kedua-dua gambarajah serta huraian ( seperti dalam nota)

5. i) Barang normal (biasa) , 1 > Ey > 0, contoh pengiraan.
ii) Barang mewah, Ey > 1, contoh pengiraan
iii) Barang bawahan, Ey < 0, contoh pengiraan.

Khamis, 5 Ogos 2010

contoh soalan keanjalan permintaan silang

Bagaimanakah konsep keanjalan permintaan silang dapat digunakan untuk menunjukkan hubungan antara dua jenis barang
Jadual menunjukan hubungan harga barang A dan kuantiti diminta terhadap X,Y dan Z

Harga A Kuantiti diminta
Barang X Barang Y Barang Z
RM10 10 20 5
RM20 20 10 5

- Apabila harga A naik dari RM10 ke RM 20, hitung keanjalan permintaan silang untuk X,Y dan Z.

. keanjalan permintaan silang antara barang A dengan barang X ialah 1. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang X ialah barang pengganti. Contoh . Kenaikan 1% harga barang A menyebabkan kuantiti diminta terhadap X bertambah sebanyak 1%

- keanjalan permintaan silang barang A dengan barang Y ialah -0.5. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang Y ialah barang penggenap . Contoh. Kenaikan 1% harga barang A menyebabkan kuantiti diminta terhadap X berkurang sebanyak 0.5%

- keanjalan permintaan silang barang A dengan barang Z ialah sifar. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang Z ialah barang tidak berkaitan. Contoh. Kenaikan harga barang A tidak memberi kesan terhadap kuantiti diminta terhadap Z.

Jumaat, 16 Julai 2010

Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Masalah Asas Ekonomi Dan Keluk Kemungkinan Pengeluaran
1. 1. Pengenalan



Para pelajar sekelian, pada bulan ini kita akan cuba membuat ualngkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru semasa berada di Tingkatan Enam Rendah. Sebagai permulaan, kita akan mengulangkaji mengenai:

a) Masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.

b) Masalah asas ekonomi.

c) Keluk kemungkinan pengeluaran.

d) Sistem ekonomi.



2. Masalah Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas.



Akibat daripada sumber ekonomi yang terhad sedangkan kehendak manusia yang tidak terhad maka timbul masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.



Masalah Kekurangan



Oleh sebab kehendak manusia adalah tidak terhad sementara jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki adalah terhad, maka tidak semua barang dan perkhidmatan yang diperlukan atau dikehendaki oleh manusia dapat dikeluarkan. Dengan ini masalah kekurangan ini adalah berkaitan dengan terdapatnya kekurangan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh manusia untuk memenuhi semua kehendak manusia ini. Oleh itu wujudlah masalah seterusnya iaitu masalah pilihan.



Masalah Pilihan

Oleh sebab barang yang ingin digunakan oleh manusia adalah berbagai-bagai dan mereka tahu bahawa mereka tidak dapat memperolehi semuanya, maka mereka terpaksalah membuat pilihan. Bagaimanakah cara untuk membuat pilihan itu dibuat – bergantung kepada agen ekonomi. Contohnya pengguna, oleh kerana tujuan asasnya adalah untuk memaksimumkan utiliti (kepuasan), maka mereka akan menyusun barang yang diingini ini mengikut tingkat utiliti yang diperolehi dari barang tersebut. Barang yang mempunyai tingkat utiliti yang tertinggi diletakan dibahagian atas, kemudian diikuti oleh barang yang kedua dan seterusnya. Ini bererti bahawa barang yang akan dipilih oleh pengguna adalah barang yang mempunyai utiliti yang tertinggi sekali.

Bagi firma pula, oleh kerana tujuan utama mereka ialah untuk memaksimumkan keuntungan, maka ia akan mengeluarkan barang yang akan menghasilkan tingkat keuntungan yang tertinggi sekali dan kemudian diikuti barang yang kedua dan seterusnya.



Bagi kerajaan pula, ia bergantung kepada tujuan mereka. Jika kerajaan ingin memaksimumkan tingkat kebajikan masyarakat keseluruhannya, maka ia akan mengutamakan kepada barang yang akan menghasilkan tingkat utiliti yang tertinggi sekali bagi seluruh masyarakat tersebut.

Masalah Kos Lepas



Apabila masyarakat telah membuat sesuatu pilihan terhadap barang yang mereka inginkan, maka ada barang yang akan mereka perolehi dan ada barang yang tidak diperolehi. Masyarakat tidak boleh memiliki kesemua barang yang mereka inginkan kerana wujudnya kekurangan sumber ekonomi. Oleh itu barang yang terpaksa mereka lepaskan (tinggalkan) dinamakan kos lepas.



3. Masalah Asas Ekonomi



Terdapat tiga masalah asas yang berlaku dalam sesebuah ekonomi, iaitu

(a) Apa barang yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak

(b) Bagaimanakah cara hendak mengeluarkan barang tersebut.

(c) Untuk siapa barang dikeluarkan.



(a) Apa barang yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak.



Masyarakat perlu menentukan apa barang yang hendak dikeluarkan kerana wujudnya masalah kekurangan sumber ekonomi (faktor pengeluaran). Barang yang hendak dikeluarkan mestilah barang yang dapat memberikan kepuasan (utiliti) yang maksimumkan kepada masyarakat. Biasanya barang yang akan dikeluarkan bergantung kepada keinginan atau permintaan dari masyarakat itu sendiri. Setelah ditentukan barang yang hendak dikeluarkan, maka masyarakat perlu menentukan berapa jumlah yang akan dikeluarkan. Pengeluaran barang tidak boleh terlalu banyak atau terlalu sedikit, kerana perkara ini akan merugikan masyarakat itu sendiri. Oleh itu, masalah berapa banyak barang hendak dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli masyarakat.



(b) Bagaimana cara hendak mengeluarkan barang tersebut.



Setelah menyelesaikan masalah pertama, seterusnya masyarakat perlu menentukan cara hendak mengeluarkan barang tersebut. Kaedah pengeluaran yang dipilih mestilah dapat minimakan kos pengeluaran dan dapat memaksimumkan keuntungan. Biasanya terdapat dua kaedah pengeluaran yang boleh dipilih iaitu, kaedah intensif buruh atau intensif modal.



(c) Untuk siapa barang dikeluarkan



Seterusnya masyarakat harus memikirkan untuk siapa barang itu dikeluarkan. Ini merupakan masalah bagaimana caranya barang itu dapat diagihkan kepada seluruh masyarakat supaya masyarakat dapat memaksimumkan utilitinya. Masalah ini dapat diselesaikan dengan melihat corak agihan pendapatan masyarakat.



1. 4. Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Keluk kemungkinan pengeluaran boleh didefinasikan sebagai kombinasi-kombinasi jumlah maksimum barang yang boleh diperolehi oleh agen-agen ekonomi dengan menggunakan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki (terhad).

Untuk membina keluk KKP, kita perlu menggunakan beberapa andaian, iaitu:

(a) Negara mempunyai sejumlah faktor pengeluaran seperti buruh yang terhad jumlahnya.

(b) Hanya dua barang sahaja yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara

(c ) Teknologi pengeluaran yang digunakan adalah tetap.

(d) Negara telah menggunakan semua faktor pengeluaran yang dimiliki.

Konsep Kos Lepas Dan Bentuk Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)


Kos lepas boleh didefinasikan sebagai jumlah barang yang boleh diperolehi tetapi terpaksa dilepaskan kerana firma atau pengguna menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki dan terhad jumlahnya untuk mengeluarkan atau menggunakan barang yang lain.


Bentuk KKP adalah dipengaruhi oleh kos lepas. Bentuk KKP terdiri dari dua bentuk iaitu berbentuk cembong yang disebabkan oleh kos lepas yang semakin meningkat dan bentuk garis lurus disebabkan oleh kos lepas yang malar (tetap).




5. Sistem ekonomi.

Sistem ekonomi diwujudkan untuk mengatasi masalah asas ekonomi seperti yang telah dibincangkan di atas. Di antara sistem ekonomi tersebut ialah,

a). Sistem ekonomi pasaran bebas.

b) Sistem ekonomi perancangan pusat

c). Sistem ekonomi campuran.

d). Sistem ekonomi Islam.