SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Ahad, 27 Mac 2011

Penutupan Firma

Penutupan Firma

Dalam jangka pendek :
- TC terdiri daripada VC dan FC.
- FC perlu ditanggung walaupun Q = 0.
- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.
- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.

Dalam jangka panjang :
- TC hanya ada VC sahaja.
- FC telah berubah menjadi VC. Cth, pertambahan kilang.
- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.
- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.

Huraian situasi melalui keluk :

Keadaan apabila AR sama dengan AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OPEQ dan FC sebanyak PRXE (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR sama dengan AVC, firma dapat menanggung VC. Dengan ini, firma hanya mengalami kerugian sebanyak PRXE (FC) sahaja. Maka, firma masih boleh meneruskan operasinya.


Keadaan apabila AR lebih kecil daripada AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ dan FC sebanyak P1RXY (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR lebih kecil daripada AVC, firma tidak mampu menampung keseluruhan VC. Dengan ini, firma mengalami kerugian sebanyak PRXE (baki VC (PP1YE) + FC). Maka, firma tidak boleh meneruskan operasinya.


Keadaan apabila AR lebih besar daripada AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ dan FC sebanyak P1RXY (AC = VC + FC). Oleh sebab AR lebih besar daripada AVC, firma dapat menanggung VC, dan ada baki TR sebanyak P1PEY. Dengan ini, firma dapat mengurangkan kerugian FC sebanyak P1PEY. Maka, firma masih boleh meneruskan operasinya.


p/s : terdapat banyak faktor lain kenapa firma tetap meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian yang banyak.

Sabtu, 26 Mac 2011

MENGAPA UNTUNG NORMAL FIRMA PERSAINGAN SEMPURNA JANGKA PANJANG DIANGGAP ISTIMEWA? (MARKET EFFICIENCY AND FULL CAPACITY)

Dalam jangka panjang, hanya ada kos berubah. Ertinya, AC sepenuhnya juga ialah AVC. Bagi sesebuah firma persaingan sempurna (PS), proses penyesuaian mengakibatkan semua firma hanya akan menikmati untung normal dalam jangka panjang, iaitu menerusi proses keluar masuk firma dalam pasaran.


Pertamanya, untung normal firma PS jangka panjang tercapai di titik minimum LAC dan SAC serentak. Hal itu bermakna bahawa berlaku kecekapan pengeluaran. Keseimbangan MR = MC tangen dengan minimum AC.

[Huraian merujuk gambar rajah: lukis keluk yang lengkap dengan label paksi: Hasil, kos (RM); Keluaran (unit), 0; label keluk: LAC, SAC, SMC, AR, MR, DD, P, SMC; Lokus keseimbangan: Eo, Po, Qo].

Kedua, keseimbangan MC = MR firma PS jangka panjang tercapai pada P = MC, iaitu berlakunya kecekapan peruntukan. Keadaan itu bermakna bahawa firma telah memperuntukkan faktor dengan cara paling cekap bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat. Keadaan ini tidak akan berlaku dalam struktur pasaran lain sama ada jangka pendek, mahupun jangka panjang.

[sekali lagi huraian merujuk gambar rajah yang sama]

Ketiga, untung normal firma PS jangka panjang menunjukkan tercapainya keupayaan penuh, tiada lebihan kapasiti atau pembaziran sifar. Minimum SAC tangen (menyentuh) minimum LAC yang bererti loji optimum. Pada lokus sama, berlaku keseimbangan MR = MC. Apabila loji optimum bersamaan keluaran (output) seimbang bermakna wujudnya keupayaan penuh.

[huraian merujuk keluk yang sama]

Akhirnya, untung normal firma PS jangka panjang bersamaan titik tutup firma PS dalam jangka panjang. Syarat meneruskan operasi pengeluaran bagi mana-mana firma ialah keupayaan menampung minimum AVC, atau TR = TC. Disebabkan dalam jangka panjang AC ialah sepenuhnya AVC, maka titik minimum AC ialah titik minimum AVC. Keseimbangan MR = MC juga tercapai di lokus yang sama, bererti titik tutup firma berada pada kecekapan pengeluaran, kecekapan peruntukan dan tingkat keupayaan penuh.

[huraian masih merujuk keluk yang sama]

Sabtu, 26 Februari 2011

Kos Pengeluaran Jangka Panjang

Kos Pengeluaran Jangka Panjang


- Semua kos adalah kos berubah (VC)
- Firma cuba Meminimumkan Kos Pengeluaran.
- Firma cuba Memaksimumkan Keuntungan.

Pembentukan Keluk :

LAC = Longterm Average Cos
(kos purata jangka panjang)

SAC = Shorterm Average Cos
(kos purata jangka pendek)

- Berkaitan dengan pemilihan saiz loji pada pelbagai tingkat output supaya kos pengeluaran adalah minima.

cth : sebuah firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza.

Keluk kos purata jangka pendek (SAC)




Pada titik A iaitu pada loji 1, kos pengeluaran ialah C0, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q0. Pada titik B iaitu pada persilangan antara keluk loji 1 dan loji 2, kos pengeluaran ialah C1, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q1. Semasa di titik B, kedua-dua loji boleh digunakan untuk menghasilkan kuantiti pengeluaran sebanyak Q1, tetapi kos yang ditanggung ialah sebanyak C1.

Pada titik C iaitu pada loji 2, kos pengeluaran ialah C2, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q2. Loji 2 pada titik C adalah yang paling sesuai kerana kos pengeluaran yang diperlu ditanggung ialah sebanyak C2 iaitu penurunan kos sebanyak C1-C2, manakala hasil kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan adalah sebanyak Q2 iaitu pertambahan sebanyak Q2-Q1.

Keluk Perancangan LAC

- Penurunan keluk adalah disebabkan ekonomi bidangan dalaman dan luaran.
- Kenaikan keluk adalah disebabkan disekonomi bidangan dalaman dan luaran.
- Keluk berbentuk U.


Ekonomi Bidangan :

- Apabila kuantiti pengeluaran bertambah, maka Kos menurun.
- Faedah yang dinikmati oleh firma akibat pengeluaran secara besar-besaran yang menyebabkan kos purata jangka panjang menurun.
- Perkembangan industri secara keseluruhan.

Dalaman :-

(a) Ekonomi Pengkhususan
- Pengkhususan kerja lebih cekap dan cepat mengikut kemahiran akan menyebabkan kos purata menurun.

(b) Ekonomi Pengurusan
- Pengurusan kerja cekap dan sistematik menyebabkan kos purata menurun.

(c) Ekonomi Kewangan
- Perkembangan firma memudahkan untuk peroleh wang pinjaman atas keyakinan bank terhadap firma, kos meminjam lebih rendah .

(d) Ekonomi Pemasaran
- Penghasilan output besar-besaran menyebabkan firma membeli input pukal dengan harga yang lebih murah, perbelanjaan kos dapat dikurangkan.

(e) Ekonomi Teknikal
- Penggunaan teknologi mesin yang produktif dalam pengeluaran output dapat menjimatkan kos.

Luaran :-

(a) Ekonomi Penempatan
- Loji berdekatan dengan kawasan perumahan memudahkan mendapat pekerja, kos mencari pekerja berkurang.
- Loji berdekatan dengan kawasan infratruktur dan jaringan pengangkutan yang lengkap memudahkan penghantaran.

(b) Ekonomi Teknologi dan Maklumat
- Kejayaan dalam R&D oleh sebuah firma memberi faedah kepada firma-firma lain.
- Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran firma dan seterusnya menurunkan kos setiap 1 unit keluaran.


Disekonomi bidangan :

- Masalah yang dihadapi oleh firma akibat pengeluaran besar-besaran yang menyebabkan LAC meningkat.

Dalaman :-

(a) Disekonomi Pengkhususan
- Kerja rutin menyebabkan pekerja bosan, maka prestasi pekerja terjejas, dan merugikan firma.

(b) Disekonomi Pengurusan
- Pengurusan mengalami kerumitan apabila wujudnya banyak jabatan yang dikawal oleh seorang pengurus.
- Seorang pengurus tidak dapat mengawal sejumlah kakitangan yang ramai, kemudiannya kawalan ke atas firma menjadi tidak cekap, dan menjejaskan kualiti pekerja, seterusnya meningkatkan kos pengeluaran.

(c) Disekonomi Teknikal
- Pada 1 masa, teknologi mesin akan mengalami kerosakan akibat penggunaan secara berterusan, dengan ini akan meningkatkan kos pengeluaran kerana perlu membaiki mesin yang rosak, dan juga menyumbang kepada kos penyelenggaraan mesin.

Luaran :-

(a) Kekurangan Faktor Pengeluaran
- Kemasukan firma yang banyak di kawasan perindustrian membawa kepada masalah kekurangan bahan input, kesukaran pekerja mencari tempat tinggal, menyebabkan peningkatan kos pengeluaran firma dalam kawasan perindustrian tersebut.

(b) Kos Sosial
- Masalah pencemaran alam yang dilakukan oleh loji akan menyebabkan firma terpaksa mengeluarkan kos untuk mengurangkan kadar sisa yang dihasilkan oleh loji.
- Masalah kemalangan di tempat kerja juga menyebabkan peningkatan kos pengeluaran.

Selasa, 12 Oktober 2010

Pengenalan Makro(Contoh Soalan)

Tajuk : Pengenalan Makroenomi
BAHAGIAN B: Soalan esei Ringkas
1.Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran [6]
2 .Terangkan Dasar fiskal dan kewangan [6]
3. Terangkan matlamat dasar makroekonomi yang hendak dicapai oleh Malaysia [6]
BAHAGIAN C: Soalan Esei Panjang
1.Huraikan pembolehubah – pembolehubah makroekonomi [10]

Cadangan skema pemarkahan
1.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contahnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
2.
Dasar fiskal - menggunakan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Dasar kewangan - menggunakan penawaran dan kadar bunga untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
3. Matlamat dasar ekonomi
-Tingkat guna teanaga penuh
-Kestabilan tingkat harga umum
-meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-membaiki imbangan pembayaran

Esei panjang
1.
Pendapatan negara/ keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untukmengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara

Jumaat, 8 Oktober 2010

Dengan bantuan gambar rajah huraikan bagaimana kenaikan harga petrol mempengaruhi permintaan kereta





Petrol ialah barang pengenap kepada kereta. Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan kereta bekurang.
Keluk permintaan kereta yang asal ialah D0D0. Keluk permintaan kereta beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 apabila permintaan kereta berkurang.

Kuantiti kereta yang diminta berkurang dari Q0 ke Q1 walaupun tingkat harga kereta tetap pada P.

Mengapa firma masih meneruskan operasi walau pun mengalami kerugian














Firma masih dapat meneruskan kegiatannya dengan menggunakan jumlah hasil untuk membiayai semua kos berubah dan menutup sebahagian kos tetap.
• Kerugian firma adalah lebih besar jika firma menutup berbanding dengan firma meneruskan operasinya. Justeru itu firma harus meneruskan operasinya untuk mengurangkan kerugian.
• Alasan-alasan lain :
i. Jika firma berhenti, firma akan kehilangan semua pelanggannya kerana pelanggannya telah beralih kepada pengeluar lain.
ii. Jika firma berhenti sementara dan memulakan operasi semula kemudian, firma terpaksa melatih tenaga buruhnya semula.
iii. Jika firma memberhentikan operasinya , firma akan mendapat imej yang buruk yang sukar dipulihkan semula di kemudian hari.

Mengapa P=MC dalam PPS

Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna sentiasa mencapai kecekapan peruntukan?

Kecekapan peruntukan tercapai apabila harga barang sama dengan kos sut menghasilkan barang itu, iaitu, P = MC.

Bagi firma pasaran persaingan sempuran harga barang adalah sama dengan hasil sut dan hasil purata, P=MR=AR.

Keuntungan maksimum firma tercapai apabila hasil sut sama dengan kos sut, iaitu MR = MC .

Jika MR melebihi MC, firma akan menambahkan keluaran untung memaximumkan keuntungan. Sebaliknya jika MR kurang daripada MC, firma akan mengurangkan keluaran untuk memaksimumkan keuntungan.

Keseimbangan firma tercapai apabila MR=MC, dan P =MR, P akan selalu sama dengan MC.