SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Selasa, 10 Ogos 2010

Keanjalan dan Jumlah Hasil



Berdasarkan rajah, dapatlah disimpulkan hubungan antara keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil adalah seperti berikut:

a) harga barang pada bahagian keluk permintaan yang anjal(Ed>1)
Kejatuhan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta dengan kadar yang lebih besar. Oleh itu jumlah hasil akan meningkat

b) harga pada bahagian keluk permintaan yang anjal satu (Ed=1)
Jumlah hasil adalah maksimum. Kejatuhan atau kenaikan harga tidak akan mengubah jumlah hasil

c) Harga pada bahagian keluk permintaan yang tidak anjal (Ed<1)
kejatuhan harga barang akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta dengan kadar yang lebih kecil. Oleh itu jumlah hasil akan berkurangan.

konsep keanjalan,

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran
1. Pengenalan.

Program ulangkaji kita pada kali ini akan membincangkan tajuk keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Ia merupakan tajuk kedua dalam sukatan pelajaran baru. Fokus ulangkaji kita untuk tajuk ini adalah berkenaan dengan:

a) Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.
b) Menghitung nilai keanjalan dengan menggunakan rumus.
c) Membezakan darjah keanjalan permintaan dan penawaran.
d) Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan dan penawaran.
e) Hubungan antara keanjalan permintaan dengan hasil jualan (jumlah hasil).


2. Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.

Perubahan kuantiti barang yang diminta boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti perubahan harga barang itu sendiri, perubahan harga barang lain dan perubahan pendapatan pengguna.

Keanjalan permintaan harga boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri. Keanjalan permintaan silang pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang lain. Seterusnya, keanjalan permintaan pendapatan boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti barang diminta terhadap perubahan pendapatan pengguna.

Keanjalan penawaran pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti ditawarkan sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri.


3. Menghitung nilai kenajalan

Keanjalan permintaan harga boleh dihitung dengan menggunakan rumus.
Ed= %Perubahan Qd/% Perubahan Harga

Nilai keanjalan permintaan harga yang diperolehi adalah negatif. Ini hanya menunjukkan terdapatnya hubungan songsang diantara harga dengan kuantiti.
Nilai keanjalan ini menunjukkan kesan perubahan harga sebanyak 1 unit terhadap perubahan kuantiti barang yang diminta (keanjalan titik)Keanjalan permintaan silang pula dihitung dengan menggunakan rumus,

Es = % perubahan kuantiti barang X diminta/
% perubahan harga barang Y (barang lain)

Nilai keanjalan silang yang diperolehi mungkin negatif, positif atau 0. Nilai keanjalan ini boleh digunakan untuk mengelaskan barang seperti berikut:
Nilai Es Contoh barang
Negatif
Positif
Sifar Pengganti
Penggenap
Tiada kaitan
Manakala keanjalan permintaan pendapatan boleh dihitung dengan menggunakan rumus,

Ey = % perubahan kuantiti diminta/
% perubahan pendapatan

Nilai keanjalan pendapatan yang diperolehi boleh digunakan untuk mengelaskan barang, seperti berikut:
Nilai Ey Contoh barang
Ey = 0
1> Ey > 0
Ey > 1
Ey < 0 Barang mesti
Barang normal
Barang mewah
Barang bawahan

3. Darjah keanjalan permintaan dan penawaran.

Darjah keanjalan permintaan boleh di kategorikan kepada lima iaitu,

Darjah keanjalan Nilai Ed Implikasi Gambarajah

1.Tidak anjal sempurna atau sifar
Ed = 0
Kuantiti tidak berubah
walaupun harga berubah.

2. Tidak anjal atau kurang anjal

1 > Ed > 0



% perubahan kuantiti diminta kurang daripada % perubahan harga.


3. Anjal satu atau uniti


Ed = 1

% perubahan kuantiti diminta sama dengan % perubahan harga.

4. 4. Anjal atau
5. lebih anjal

¥ > Ed > 1


% perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada % perubahan harga.


5. Anjal sempurna atau infiniti
Ed = ¥
Pengguna hanya membeli pada harga yang ditetapkan





4. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan

a) Wujudnya barang pengganti
Lebih banyak barang pengganti, permintaan barang adalah lebih anjal.

b) Sifat barang.
Jika barang adalah barang mesti, permintaan barang adalah tidak anjal.
c). Bahagian pendapatan yang dibelanjakan untuk barang.
Jika sebahagian besar pendapatan digunakan untuk perbelanjaan, permintaan barang lebih anjal.

d) Masa.
Lebih lama jangka masa diperlukan untuk pengubahsuaian terhadap permintaan, permintaan barang lebih anjal.

e). Kepelbagaian kegunaan barang.
Jika barang mempunyai lebih kepelbagaian kegunaan barang, permintaan barang lebih anjal.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran.

a) Kos pengeluaran tambahan.
Tambahan pengeluaran yang mengakibatkan tambahan kos pengeluaran yang tinggi, penawaran barang tidak anjal.

b). Corak penggunaan faktor pengeluaran.
Jika pengeluaran barang memerlukan faktor pengeluaran yang khusus, penawaran barang tidak anjal.

c) Masa.
i. Jangka masa yang singkat, pengeluaran tidak boleh ditambah. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal sempurna.
ii. Jangka masa pendek, penambahan barang adalah terhad. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal.
iii. Jangka masa panjang, faktor pengeluaran boleh berubah dengan mudah. Oleh itu penawaran adalah lebih anjal.


6. Hubungan antara keanjalan permintaan dengan jumlah hasil.
Hubungan tersebut boleh diterangkan melalui gambarajah berikut;

Contoh Soalan Latihan Keanjalan

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran
1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga dan keanjalan permintaan silang? [4]
b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, tunjukkan bagaimana keanjalan tersebut
dihitung. [6]

2. a) Bezakan antara penawaran yang anjal dengan penawaran yang tidak anjal[4]
b) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran. [6]

3. Dengan menggunakan konsep keanjalan permintaan, terangkan bagaimana
perubahan harga boleh mempengaruhi jumlah hasil? [10]



5. Dengan menggunakan keanjalan permintaan pendapatan, terangkan
bagaimanakah barang-barang berikut dapat ditentukan.
i. barang normal (biasa)
ii. barang mewah
iii. barang bawahan. [6]


________________________________________
Rangka jawapan

1. a) Berikan definisi keanjalan permintaan harga dan keanjalan permintaan silang.
b) - Rumus
- Contoh berangka, secara jadual atau penyataan
- Cara pengiraan.
- Mentafsir nilai keanjalan.

2. a) Bezakan dari segi nilai keanjalan dan implikasi kejatuhan harga terhadap
penawaran.
b) Jelaskan tiga faktor di atas

3. Perlu lukiskan kedua-dua gambarajah serta huraian ( seperti dalam nota)

5. i) Barang normal (biasa) , 1 > Ey > 0, contoh pengiraan.
ii) Barang mewah, Ey > 1, contoh pengiraan
iii) Barang bawahan, Ey < 0, contoh pengiraan.

Khamis, 5 Ogos 2010

contoh soalan keanjalan permintaan silang

Bagaimanakah konsep keanjalan permintaan silang dapat digunakan untuk menunjukkan hubungan antara dua jenis barang
Jadual menunjukan hubungan harga barang A dan kuantiti diminta terhadap X,Y dan Z

Harga A Kuantiti diminta
Barang X Barang Y Barang Z
RM10 10 20 5
RM20 20 10 5

- Apabila harga A naik dari RM10 ke RM 20, hitung keanjalan permintaan silang untuk X,Y dan Z.

. keanjalan permintaan silang antara barang A dengan barang X ialah 1. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang X ialah barang pengganti. Contoh . Kenaikan 1% harga barang A menyebabkan kuantiti diminta terhadap X bertambah sebanyak 1%

- keanjalan permintaan silang barang A dengan barang Y ialah -0.5. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang Y ialah barang penggenap . Contoh. Kenaikan 1% harga barang A menyebabkan kuantiti diminta terhadap X berkurang sebanyak 0.5%

- keanjalan permintaan silang barang A dengan barang Z ialah sifar. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang Z ialah barang tidak berkaitan. Contoh. Kenaikan harga barang A tidak memberi kesan terhadap kuantiti diminta terhadap Z.