SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Jumaat, 3 Januari 2014

UMRAH....sekadar perkongsian

Assalamualaikum. Kali ini saya ingin menulis tentang umrah. Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang telah saya lalui.......

Penerbangan saya telah diawalkan sehari dari jadual yang sepatutnya.Agak terkejut juga pada mulanya, tapi alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan. Ada ramai rupanya yang tidak lepas permohonan visa, dan itu salah satu sebab penerbangan kami diawalkan, mengambil tempat mereka yang tidak lepas visa.

Penerbangan ke Madinah mengambil masa hampir sembilan jam. Agak sakit juga rasa belakang sebab duduk terlalu lama dalam flight, hampir 9 jam untuk ke Madinah.Kami tiba di hotel dalam lingkungan pukul 10 malam. Terus dinner dan bersiap untuk ke Masjid untuk jamak Maghrib dan Isyak. Alhamdulillah, jarak hotel ke Masjid Nabawi hanyalah dalam lingkungan 80 meter sahaja.

Sampai sahaja di Masjid, kebetulan Raudah dibuka untuk kaum wanita. Alhamdulillah, kami merupakan jemaah terawal selepasa musim haji. Visa untuk negara2 seperti Turki, Iran dan sebagainya belum dibuka lagi. Hanya untuk Malaysia, Indonesia, Brunei. Ini memudahkan laluan kami ke Raudah pada malam itu.Keesokannya, selepasa solat Dhuha, dapat lagi ke Raudah. Begitu juga dengan hari ketiga dan keempat. Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi pada musim cuti sekolah, eloklah pergi selepasa musim haji. Orang masih belum ramai lagi. Tapi kena buat preparation untuk musim sejuk. Bulan Disember bermula musim sejuk di Madinah. Saya bawa Redoxon dan saya dilute dalam air zam-zam. Alhamdulillah, demam yang mula nak menjengah pulih.

Hari keempat kami berangkat ke Mekah. Perjalanan hampir 5 jam menaiki bas. Sebelum itu singgah di Bir Ali untuk Miqat. Semasa solat, saya perasan ramai penganut Syiah di sana. In berikutan cara solat mereka yang saya tengok begitu pelik. Sempat juga kalangan mereka nak hulurkan kitab kecil kepada saya. Saya menolak sebab saya lihat kitab tu macam pelik semacam.

Kami sampai ke Mekah sudah lewat malam. Kali ini hotel kami memang jauh dari Masjidil Haram.Hampir 900 meter.Dipimpin oleh mutawif untuk melakukan umrah pada malam itu. Alhamdulillah selesai umrah pertama dalam lingkungan pukul 2.30 pagi. Oleh sebab jarak hotel dan masjid agak jauh, kami tidur di masjid pada malam itu sehingga solat subuh. Pada hari-hari seterusnya kami bertiga (saya, adik dan adik ipar) mengambil keputusan untuk ke masjid pada waktu subuh, zohor dan asar. Lepas Asar kami tunggu sehingga Isyak baru pulang ke hotel. Ada hikmahnya jarak yang jauh tu, ambil ianya sebagai positif. Selipar saya hilang dua kali, saya harap orang yang ambil selipar saya tu akan gunakan untuk ke masjid.

Di Mekah, memang kita tak boleh cakap sebarangan. Apa yang kadang kala terlintas di fikiran mungkin dimakbulkan. Satu hari, lepas balik dari solat Zohor, terlintas di hati saya "lapar" sebab masa sarapan saya hanya mengambil roti sahaja. Tiba-tiba ada insan yang menghulurkan bungkusan makanan yang terdapat dua kebab dan sekotak air minuman di dalamnya kepada kami, sebungkus seorang. Alhamdulillah, syukran kata saya. Kalau di Malaysia, memang sah lah kita tak akan ambil sebarang pemberian dari orang yang tak dikenali. Ada jemaah yang memberitahu hanya terlintas dihatinya tentang burung merpati yang banyak di sana,"Tak berak ke burung2 ni". Terus dapat najis burung di telekong.So, hati-hati dengan apa yang terlintas dihati anda, apatah lagi dengan apa yang anda nak ungkapkan.

Hari kedua terakhir kami di sana, kami berkesempatan ke rumah kenalan kepada bapa mertua adik saya, iaitu keluarga Patani. Dia mengajak kami makan tengahari di rumahnya. Saya tanya pada adik saya, jauh ke rumahnya. Adik saya kata menurut Hassan(nama pemuda tersebut) tak jauh. Sempatlah dia ke Masjid apabila azan berkumandang. Lepas solat Zohor, kami tunggu dia di tempat yang dijanjikan. Kami hanya mengikut sahaja dia berjalan. Saya rasakan perjalanan memang jauh. Lebih jauh dari hotel kami. Bila sampai ke satu destinasi, saya ingat dah sampai. Rupanya kena mendaki. Saya lihat ke atas, sayup tinggi. Ya Allah, masa tu, tak boleh nak digambarkan perasaan saya. Saya tanya adik ipar, rumah dia ni kat mana, paling atas tu ke. Macam batu caves saya lihat tangga2 tu. Siapa pernah ada pengalaman lihat rumah2 Arab di lereng2 bukit, pasti faham, tapi saya pasti, anda tak pernah daki tangga2 tu. Kami gagahkan juga naik ke atas. Ya, rumahnya hanya tinggal 20 anak tangga sahaja untuk yang paling atas. Sampai di rumah mereka, kami dilayan begitu baik sekali. Ya Allah, menyesalnya saya dengan perasaan saya sebelum itu. Rumahnya kecil, ala2 macam setinggan Arab, di dalam bilik kecil itulah segala beg, kotak2, Tv diletakkan, dan disitulah ibu, ibu mertuanya tinggal. Ramah sungguh mereka. Siap dihadiahkan kami lagi dengan buah tangan.Pendapatan Hassan hanyalah dalam lingungan 20k Riyal pada musim haji dan pendapatan dari hasil menjahit pada bulan Ramdhan, yang mana dia hanya tidur 29 jam sahaja sepanjang bulan Ramadhan. Itulah pendapatan yang disimpan untuk setahun. Well, yang penting barakah. Moga Allah memakmurkan kehidupan mereka sekeluarga.Amin.

Hajarul Aswad???In sya Allah, buatlah tawaf sunat, lepas tu solat sunat tawaf dan berdoa di depan kaabah agar dipermudahkan untuk mencium Hajarul Aswad.Tapi peringatan dari saya, jangan tertipu dengan satu kelompok Indonesian yang berpakat untuk memudahkan laluan anda untuk mencium Hajarul Aswad, dan lepas itu melayang sekurang-kurangnya 100 Riyal. Pada musim Haji boleh cecah 1K Riyal.Itu menurut kata Hassan. Saya juga hampir terkena, tapi saya cepat tersedar. Alhamdulillah.

Selasa, 23 Oktober 2012

Majlis Perpisahan Tingkatan 5




Hari ini tanggal 23 Oktober telah diadakan Majlis Perpisahan untuk para pelajar Tingkatan 5 dan Pra U2. Di sini saya selitkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis dijalankan. Pada kali ini juruacaranya bukan saya lagi...he he, nasib baik tahun ini ada pelajar lower six iaitu Noraini Norazli yang mempunyai bakat untuk menjadi MC. Walau ada agenda yang tak ada dalam skrip, dia mampu utuk mengendalikannya dengan baik. Biasalah, itu yang tension bila jadi MC ni, ada saja agenda yang muncul last minute, Kalau gabra, habis...Pada kali ini saya berpeluang untuk mewakili para guru menyampaikan amanat terakhir kepada para pelajar yang amat kami kasihi.
Acara dimulai dengan penyampaian ucapan dari wakil pelajar, wakil guru dan Puan Pengetua. Diikuti dengan persembahan power point yang dikendalikan oleh Encik Wong. Kesian Mr Wong, asal power point aje, bagi kat dia ....Kemudian upacara penyerahan sijil kedatangan penuh dan True Mgsian. Diikuti dengan penyerahan cenderamata dari pihak sekolah dan para pelajar Tingkatan 4 dan Pra U1 kepada para pelajar Tingkatan 5 dan Pra U2. Akhir sekali pelajar memohon restu dari para guru.

Sabtu, 12 Mei 2012

Kem Kecemerlangan Ekonomi

Dah lama tak update blog ni. Hari ini saya baru sahaja selesai melaksanakan Kem Kecemerlangan Ekonomi untuk pelajar Pra U 2 saya. Harap mereka akan lebih bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan yang akan bermula minggu hadapan. Good luck girls. Kem Kecemerlangan Ekonomi STPM 2012 Tarikh : 12 Mei 2012 (Hari Sabtu) Tempat : Bilik Tingkatan PraU2 Masa : 7.30am -12.30pm Kumpulan pelajar : Pelajar PraU2 (6 orang) Objektif : 1. Membina semangat score “A” dalam kalangan pelajar 2. Memperkukuhkan teknik menjawab soalan peperiksaan STPM dalam kalangan pelajar 3. Menghapuskan kemusykilan / kekeliruan pelajar dalam konsep ekonomi melalui sesi interaksi guru-pelajar 4. Membina semangat kerjasama di kalangan pelajar 5. Mengenalpasti topik-topik fokus dan penting dalam peperiksaan ekonomi STPM Cadangan Program : 1. Tips Kecemerlangan Ekonomi STPM Penceramah : Puan Srrifa Salwa Syed Ahmad 2. Sesi interaski guru-pelajar Modul : Modul topikal soalan sebenar ekonomi Guru Pembimbing : Puan Srrifa Salwa Syed Ahmad 3. Forum- Persiapan Ke Arah Kegemilangan Sesi soal jawab bersama pelajar AJK Kem Ekonomi : Penasihat : Puan Phoon Yoke Meng (Pengetua Sekolah) Pengerusi : Puan Roslina Abu ( PK Tingkatan Enam) Setiausaha : Puan Srrifa Salwa Syed Ahmad ( Ketua Panitia, Guru Akademik Ekonomi ) AJK : Semua pelajar Pra U 2

Jumaat, 10 Februari 2012

Institusi Kewangan

Kepentingan Institusi Kewangan Institusi kewangan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Urusan kewangan institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Ini seterusnya mempengaruhi Tingkat pelaburan Guna tenaga Keluaran Negara Pendapatan Negara. Tingkat harga umum Jenis-Jenis Institusi Kewangan Di Malaysia Bank Pusat Bank Perdagangan Institusi Kewangan Lain: Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, KWSP, Syarikat Insurans, Bank Tabungan. Institusi Kewangan Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Takaful Kawalan Institusi Kewangan Di Malaysia Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia. Bank Pusat Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara. Labels: Institusi Kewangan BNM - Mengeluarkan Mata Wang Negara Ordinan BNM 1958 – Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia) Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi. Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing. Labels: Institusi Kewangan BNM - Jurubank Kepada Kerajaan Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan. Mentadbir hutang negara: Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan. Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan. Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan. Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan. Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll BNM - Mengawal Kadar Pertukaran Asing dan Imbangan Pembayaran Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 = RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.) Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara. BNM - Mengawasi kegiatan bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta menjalankan dasar kewangan Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Dasar kewangan menguncup semasa inflasi Dasar kewangan mengembang semasa deflasi BNM - Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit . Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit. BNM - Sebagai Sumber Pinjaman Terakhir Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara). Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara. Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran. Nisbah Rizab Berkanun = (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100% Nisbah Harta Cair = (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100% Bank Perdagangan Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Fungsi Bank Perdagangan - Menerima Deposit Deposit Semasa – Deposit orang ramai yang hanya boleh dikeluarkan dengan cek. Jenis deposit yang tidak dibayar faedah tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan untuk penggunaan cek. Bentuk wang terbanyak di Malaysia. Deposit Tabungan – Deposit tunai orang ramai yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang agak rendah. Menggalakkan sifat menabung. Deposit Tetap – Deposit tunai orang ramai yang mempunyai tempoh matang tertentu: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun dan ke atas. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah deposit tabungan. Lebih lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang dibayar. Menggalakkan sifat menabung. Fungsi Bank Perdagangan - Memberi Pinjaman Pinjaman melalui akaun semasa – mengkreditkan sejumlah pinjaman dalam akaun semasa pelanggannya. Kadar faedah agak tinggi untuk jumlah pinjaman diluluskan. Kemudahan overdraf – membenarkan pelanggannya mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan dan kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja. Mendiskaunkan bil-bil pertukaran - memberikan sejumlah wang pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank perdagangan akan menuntut bayaran daripada pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran tersebut apabila telah sampai tarikh matang bil. Fungsi Bank Perdagangan - Membuat Dan Menerima Bayaran Untuk pemegang akaun semasa yang berurusniaga melalui cek. Fungsi Bank Perdagangan - Menyediakan Perkhidmatan Lain Menjual beli mata wang asing Menjual draf bank – pembayaran dijamin oleh bank perdagangan. Menjual cek pengembara Menyewakan peti simpanan keselamatan Bertindak sebagai pemegang amanah untuk pelanggan-pelanggannya yang telah meninggal dunia. Memberikan nasihat kewangan Menjadi perujuk tentang kedudukan kewangan pelanggannya. Syarikat Kewangan Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Fungsi-Fungsi Bank Perdagangan Menerima deposit melalui deposit tabungan dan deposit tetap. Memberi pinjaman dalam bentuk pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan pajakan dll. Tidak menyediakan deposit semasa. Oleh itu, tidak boleh mencipta kredit seperti bank perdagangan. Bank Saudagar Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Memberi khidmat kewangan kepada saudagar. Fungsi-Fungsi Bank Saudagar Menerima deposit secara besar-besaran (minimum RM250,000) daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat berhad dan syarikat korporat). Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek besar syarikat-syarikat perniagaan. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat-syarikat berhad yang hendak meluaskan bidang perniagaan mereka. Menyediakan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan dan membantu pengambilalihan atau penggabungan syarikat-syarikat berhad. KWSP Institusi kewangan milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor awam dan swasta yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian. Simpanan pekerja dijamin oleh kerajaan. Pengurusan kewangan dikawal oleh BNM. Fungsi-Fungsi KWSP Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau kehilangan keupayaan bekerja. Membolehkan ahli-ahli membeli rumah dan membiayai kos perubatan. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara Pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan. Pinjaman kepada sektor swasta melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat. Syarikat Insurans Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Fungsi-Fungsi Syarikat Insurans Membayar pampasan kepada pemegang polisinya terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta benda, kehilangan nyawa dll Menggerakkan pembangunan ekonomi negara dengan pelaburan dana premium yang diterima dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta tetap dll. Bank Tabungan spt Bank Simpanan Nasional (BSN) Dimiliki oleh kerajaan Fungsi-Fungsinya Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Menggerakkan deposit penyimpan-penyimpannya melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan. Institusi Kewangan Islam - Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH) Institusi kewangan Islam untuk urusan kewangan masyarakat Islam Fungsi-Fungsinya Menerima deposit daripada bakal haji untuk memudahkan urusan perbelanjaan jemaah haji semasa di Mekah. Tabungan diberikan bonus atau dividen kerana LUTH tidak mengamalkan bayaran bunga / faedah. Menggerakkan dana bakal haji melalui pelaburan dalam sekuriti kerajaan, perusahaan, pembinaan, dan perladangan kelapa sawit. Institusi Kewangan Islam - Bank Islam Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak Fungsi-Fungsinya Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunai penabung-penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan. Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan Al-Musyarakah Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut dijual kepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian. Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projek pelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui. Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/benda kepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui. Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggan tentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.

Wang

Maksud Wang Sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran. Ciri-Ciri Wang Diterima umum Penawaran terhad Bernilai stabil Bernilai seragam Berbentuk seragam Mudah dibahagikan Mudah dibawa Mudah dikenali Tahan lama Jenis-Jenis Wang Wang sah/fiat Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara. Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia. Wang Tanda Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya. Wang Biasa Wang negara lain yang biasa diterima oleh penduduk tempatan. Misalnya, Dolar Singapura ialah wang biasa di Malaysia. Wang Hampir Alat yan dianggap sebagai wang untuk tujuan tabungan. Misalnya, sijil boleh niaga dan deposit tetap di bank perdagangan. Wang dalam Edaran Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara. Misalnya, wang kertas dan duit syiling yang mempunyai pelbagai nilai muka di Malaysia. Deposit Semasa Bank Perdagangan (Wang Bank) Deposit semasa yang boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat pembayaran. Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia. Nilai Wang Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang. Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat. Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan formula berikut: Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100 Ciri-Ciri Nilai Wang Nilai wang meningkat jika jumlah barangan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama bertambah. Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum. Indeks Wang (IW) berhubungan songsang dengan Indeks Harga (IH). IW1 / IW0 = IH0 / IH1 Apabila IH0 = 100, IW0 =100. Jika IH1=120 Maka IW1 = IH0 / IH1 x IW0 =100 / 120 x 100 =83.33 Perubahan nilai wang = (IW1 – IW0) / IW0 x 100% Penggunaan Wang mengatasi 4 Masalah Sistem Barter Masalah kehendak serentak. Masalah pengukuran nilai yang standard. Masalah kerosakan / penyimpanan nilai. Masalah bayaran tertunda / bayaran tertangguh. Fungsi Wang Sebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum). Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam). Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama). Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit) Pengaruh Inflasi Ke Atas Fungsi Wang Aktiviti Kelas: Perbincangan Berkumpulan Bagaimana masalah inflasi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap fungsi-fungsi wang. Definisi Bekalan Wang / Penawaran Wang Penawaran wang merujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi. Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2. Bekalan wang M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling, dan deposit semasa dalam bank prdagangan. Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga. Bekalan wang M1 Bekalan wang M1 merupakan definisi wang yang sempit dan terdiri daripada mata wang dalam edaran, iaitu duit syiling dan wang kertas serta simpanan semasa dalam bank perdagangan. M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit semasa Bekalan wang M2 Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa). M2 = M1 + wang hampir dimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan. Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank-bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat. Bekalan Wang Di Malaysia Dikawal oleh Bank Negara Malaysia. M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek. M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir) Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999. Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999. M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999. Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.

Konsumerisme