SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Sabtu, 26 Februari 2011

Kos Pengeluaran Jangka Panjang

Kos Pengeluaran Jangka Panjang


- Semua kos adalah kos berubah (VC)
- Firma cuba Meminimumkan Kos Pengeluaran.
- Firma cuba Memaksimumkan Keuntungan.

Pembentukan Keluk :

LAC = Longterm Average Cos
(kos purata jangka panjang)

SAC = Shorterm Average Cos
(kos purata jangka pendek)

- Berkaitan dengan pemilihan saiz loji pada pelbagai tingkat output supaya kos pengeluaran adalah minima.

cth : sebuah firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza.

Keluk kos purata jangka pendek (SAC)




Pada titik A iaitu pada loji 1, kos pengeluaran ialah C0, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q0. Pada titik B iaitu pada persilangan antara keluk loji 1 dan loji 2, kos pengeluaran ialah C1, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q1. Semasa di titik B, kedua-dua loji boleh digunakan untuk menghasilkan kuantiti pengeluaran sebanyak Q1, tetapi kos yang ditanggung ialah sebanyak C1.

Pada titik C iaitu pada loji 2, kos pengeluaran ialah C2, manakala kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan ialah Q2. Loji 2 pada titik C adalah yang paling sesuai kerana kos pengeluaran yang diperlu ditanggung ialah sebanyak C2 iaitu penurunan kos sebanyak C1-C2, manakala hasil kuantiti pengeluaran yang dapat dihasilkan adalah sebanyak Q2 iaitu pertambahan sebanyak Q2-Q1.

Keluk Perancangan LAC

- Penurunan keluk adalah disebabkan ekonomi bidangan dalaman dan luaran.
- Kenaikan keluk adalah disebabkan disekonomi bidangan dalaman dan luaran.
- Keluk berbentuk U.


Ekonomi Bidangan :

- Apabila kuantiti pengeluaran bertambah, maka Kos menurun.
- Faedah yang dinikmati oleh firma akibat pengeluaran secara besar-besaran yang menyebabkan kos purata jangka panjang menurun.
- Perkembangan industri secara keseluruhan.

Dalaman :-

(a) Ekonomi Pengkhususan
- Pengkhususan kerja lebih cekap dan cepat mengikut kemahiran akan menyebabkan kos purata menurun.

(b) Ekonomi Pengurusan
- Pengurusan kerja cekap dan sistematik menyebabkan kos purata menurun.

(c) Ekonomi Kewangan
- Perkembangan firma memudahkan untuk peroleh wang pinjaman atas keyakinan bank terhadap firma, kos meminjam lebih rendah .

(d) Ekonomi Pemasaran
- Penghasilan output besar-besaran menyebabkan firma membeli input pukal dengan harga yang lebih murah, perbelanjaan kos dapat dikurangkan.

(e) Ekonomi Teknikal
- Penggunaan teknologi mesin yang produktif dalam pengeluaran output dapat menjimatkan kos.

Luaran :-

(a) Ekonomi Penempatan
- Loji berdekatan dengan kawasan perumahan memudahkan mendapat pekerja, kos mencari pekerja berkurang.
- Loji berdekatan dengan kawasan infratruktur dan jaringan pengangkutan yang lengkap memudahkan penghantaran.

(b) Ekonomi Teknologi dan Maklumat
- Kejayaan dalam R&D oleh sebuah firma memberi faedah kepada firma-firma lain.
- Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran firma dan seterusnya menurunkan kos setiap 1 unit keluaran.


Disekonomi bidangan :

- Masalah yang dihadapi oleh firma akibat pengeluaran besar-besaran yang menyebabkan LAC meningkat.

Dalaman :-

(a) Disekonomi Pengkhususan
- Kerja rutin menyebabkan pekerja bosan, maka prestasi pekerja terjejas, dan merugikan firma.

(b) Disekonomi Pengurusan
- Pengurusan mengalami kerumitan apabila wujudnya banyak jabatan yang dikawal oleh seorang pengurus.
- Seorang pengurus tidak dapat mengawal sejumlah kakitangan yang ramai, kemudiannya kawalan ke atas firma menjadi tidak cekap, dan menjejaskan kualiti pekerja, seterusnya meningkatkan kos pengeluaran.

(c) Disekonomi Teknikal
- Pada 1 masa, teknologi mesin akan mengalami kerosakan akibat penggunaan secara berterusan, dengan ini akan meningkatkan kos pengeluaran kerana perlu membaiki mesin yang rosak, dan juga menyumbang kepada kos penyelenggaraan mesin.

Luaran :-

(a) Kekurangan Faktor Pengeluaran
- Kemasukan firma yang banyak di kawasan perindustrian membawa kepada masalah kekurangan bahan input, kesukaran pekerja mencari tempat tinggal, menyebabkan peningkatan kos pengeluaran firma dalam kawasan perindustrian tersebut.

(b) Kos Sosial
- Masalah pencemaran alam yang dilakukan oleh loji akan menyebabkan firma terpaksa mengeluarkan kos untuk mengurangkan kadar sisa yang dihasilkan oleh loji.
- Masalah kemalangan di tempat kerja juga menyebabkan peningkatan kos pengeluaran.