SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Selasa, 12 Oktober 2010

Pengenalan Makro(Contoh Soalan)

Tajuk : Pengenalan Makroenomi
BAHAGIAN B: Soalan esei Ringkas
1.Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran [6]
2 .Terangkan Dasar fiskal dan kewangan [6]
3. Terangkan matlamat dasar makroekonomi yang hendak dicapai oleh Malaysia [6]
BAHAGIAN C: Soalan Esei Panjang
1.Huraikan pembolehubah – pembolehubah makroekonomi [10]

Cadangan skema pemarkahan
1.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contahnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
2.
Dasar fiskal - menggunakan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Dasar kewangan - menggunakan penawaran dan kadar bunga untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
3. Matlamat dasar ekonomi
-Tingkat guna teanaga penuh
-Kestabilan tingkat harga umum
-meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-membaiki imbangan pembayaran

Esei panjang
1.
Pendapatan negara/ keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untukmengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara

Jumaat, 8 Oktober 2010

Dengan bantuan gambar rajah huraikan bagaimana kenaikan harga petrol mempengaruhi permintaan kereta





Petrol ialah barang pengenap kepada kereta. Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan kereta bekurang.
Keluk permintaan kereta yang asal ialah D0D0. Keluk permintaan kereta beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 apabila permintaan kereta berkurang.

Kuantiti kereta yang diminta berkurang dari Q0 ke Q1 walaupun tingkat harga kereta tetap pada P.

Mengapa firma masih meneruskan operasi walau pun mengalami kerugian














Firma masih dapat meneruskan kegiatannya dengan menggunakan jumlah hasil untuk membiayai semua kos berubah dan menutup sebahagian kos tetap.
• Kerugian firma adalah lebih besar jika firma menutup berbanding dengan firma meneruskan operasinya. Justeru itu firma harus meneruskan operasinya untuk mengurangkan kerugian.
• Alasan-alasan lain :
i. Jika firma berhenti, firma akan kehilangan semua pelanggannya kerana pelanggannya telah beralih kepada pengeluar lain.
ii. Jika firma berhenti sementara dan memulakan operasi semula kemudian, firma terpaksa melatih tenaga buruhnya semula.
iii. Jika firma memberhentikan operasinya , firma akan mendapat imej yang buruk yang sukar dipulihkan semula di kemudian hari.

Mengapa P=MC dalam PPS

Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna sentiasa mencapai kecekapan peruntukan?

Kecekapan peruntukan tercapai apabila harga barang sama dengan kos sut menghasilkan barang itu, iaitu, P = MC.

Bagi firma pasaran persaingan sempuran harga barang adalah sama dengan hasil sut dan hasil purata, P=MR=AR.

Keuntungan maksimum firma tercapai apabila hasil sut sama dengan kos sut, iaitu MR = MC .

Jika MR melebihi MC, firma akan menambahkan keluaran untung memaximumkan keuntungan. Sebaliknya jika MR kurang daripada MC, firma akan mengurangkan keluaran untuk memaksimumkan keuntungan.

Keseimbangan firma tercapai apabila MR=MC, dan P =MR, P akan selalu sama dengan MC.

Selasa, 7 September 2010

Pelabur asing Tidak ada wang Untuk Melabur,

Sumber asal : Utusan Online , 1 Ogos 2010 (di sini)
Pelabur asing tidak ada wang untuk melabur – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.

Bekas Perdana Menteri memberitahu, pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.

”Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.

”Kebanyakan pelabur terpaksa menumpukan kepada pelaburan di dalam negara masing-masing kerana ia amat diperlukan di sana, ini bermakna mereka tidak akan membuat pelaburan besar di negara lain,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi The Loaf berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan cawangan keempat The Loaf di IOI Boulevard di Puchong dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki.

Dr. Mahathir mengulas mengenai Malaysia mencatat kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus tahun lalu kepada AS$1.38 bilion (RM4.22 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.39 bilion) pada 2008 yang merupakan rekod terburuk dialami negara sejak 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain.

Sementara itu, mengenai The Loaf, Dr. Mahathir memberitahu, kedai roti premium berasaskan resipi Jepun itu menerima banyak permohonan untuk memfrancais jenama kedai tersebut termasuk dari Singapura dan Indonesia.

”Memang menjadi hasrat The Loaf untuk memfrancais perniagaan tetapi masanya belum tiba, memandangkan pihak pengurusan perlu mendapatkan data yang tertentu bagi memastikan ia akan memberi keuntungan mencukupi.

”The Loaf perlu memastikan bahawa jenama ini mampu menarik pelanggan setiap masa dan dapat mencatatkan keuntungan yang maksimum, bagi memastikan setiap kedai francais yang dibuka akan dapat keuntungan sewajarnya,” katanya.

Beliau memberitahu, usaha untuk memfrancais The Loaf akan dibuat secepat mungkin selepas semua data dan jenama itu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada pelanggan.

Dr. Mahathir memberitahu, adalah tidak rasional untuk The Loaf mengendalikan semua cawangannya dan cara terbaik ialah melalui francais yang dilakukan pada masa yang sesuai.

The Loaf juga akan membuka cawangan kelima di Bangsar sebelum akhir tahun ini.

FDI jadi mangsa Ekonomi Berpendapatan Tinggi,

Sumber asal : Utusan Online , 2 Ogos 2010 (di sini)
FDI jadi mangsa ekonomi berpendapatan tinggi?
Oleh AINUL ASNEIRA AHSAN DAN NORLAILI ABD.
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kejatuhan mendadak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia pada 2009 sebanyak 81 peratus kepada AS$1.38 (RM4.42 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.40 bilion) tahun sebelumnya memang begitu mengejutkan.

Ia kerana, kejatuhan itu merupakan kejatuhan terburuk dalam tempoh 15 tahun.

Dunia mengakui 2009 adalah tahun sukar kepada semua ekonomi termasuklah negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah namun ia bukanlah alasan terbaik bagi Malaysia yang kehilangan FDI pada tahap yang membimbangkan.

Belum habis menangisi kehilangan FDI terburuk, Malaysia turut dimalukan oleh ‘jiran-jiran tetangga’ seperti Indonesia dan Vietnam yang selama ini lebih mundur dari Malaysia.

Di sebalik kemelesetan ekonomi global tahun lalu, Indonesia dan Vietnam masih mampu meraih pelaburan lebih tinggi berbanding Malaysia dengan masing-masing merekod AS$4.877 bilion (RM15.60 bilion) dan AS$4.5 bilion (RM14.4 bilion) FDI pada tahun lalu.

Indonesia hanya kehilangan AS$5.56 bilion (RM17.782 bilion) pelaburan asing manakala Vietnam pula adalah AS$3.55 bilion (RM11.36 bilion).

Sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan Laporan Pelaburan Dunia 22 Julai lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) nampaknya begitu susah hati.

Nampaknya MITI semakin tertekan sehingga terpaksa membuat dua kali kenyataan kepada media.

Masakan tidak, MITI dikritik oleh semua pihak yang mempersoalkan kewibawaan kementerian itu yang diterajui oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad sehingga kenyataan-kenyataan pedih yang dilemparkan terhadap agensi tersebut didakwa melemahkan semangat seluruh kakitangan.

Mustapa dalam kenyataan akhbar pada 26 Julai lalu memberi alasan aliran masuk FDI menjunam akibat terkena tempias krisis ekonomi global yang menyebabkan ramai pelabur berhati-hati sebelum membuat sesuatu keputusan perniagaan.

Sayangnya, kenyataan itu tidak boleh diterima kerana berdasarkan data tahap kompetitif Malaysia semakin jauh ketinggalan.

Mengambil contoh Thailand, meskipun mengalami krisis politik yang sukar sehingga mengheret rakyatnya berdemonstrasi selama berbulan-bulan, negara gajah putih itu masih mampu merekod FDI lebih tinggi iaitu sebanyak AS$5.94 bilion (RM19 bilion) berbanding Malaysia, sebuah negara yang aman damai.

Mustapa dalam pertemuannya untuk menjelaskan isu itu berkata, salah satu sebab kemerosotan aliran masuk pelaburan kerana Malaysia dalam proses transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Justeru, Malaysia katanya, sukar untuk bersaing dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang menawarkan kos buruh yang murah.

Yang menjadi persoalannya, apakah Malaysia rela berputih mata melihat pelabur asing memilih negara lain semasa proses transformasi ini berlaku?

Apakah kerajaan tidak bersedia dengan satu mekanisme yang membolehkan pelaburan terus masuk dan pada masa yang sama melakukan transformasi kepada ekonomi negara?

Atau ini adalah bayaran/hukuman yang patut diterima Malaysia kerana mahu berubah menjadi ekonomi berpendapatan tinggi?

Sedangkan sebagai sebuah negara yang sedang mengorak langkah menjadi negara maju, perkembangan ekonominya tidak harus terbantut oleh halangan-halangan seperti ini.

Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) menyasarkan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion setahun bagi memastikan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang sekurang-kurangnya enam peratus setiap tahun.

Selain itu, yang turut menjadi perhatian adalah ketidakseimbangan di antara aliran masuk dan aliran keluar pelaburan yang menyaksikan syarikat Malaysia melabur sebanyak AS$8.03 bilion (RM25.55 bilion) di luar negara.

Seorang penganalisis ekonomi berkata, sekiranya tiada tindakan drastik untuk memperbaiki kemasukan FDI, ekonomi Malaysia akan terperangkap selama-lamanya.

Ia kerana, negara-negara jiran terutama Vietnam dan Indonesia begitu agresif meningkatkan pertumbuhan ekonomi masing-masing dengan pendekatan yang holistik.

Dan, Malaysia tidak boleh hanya berpeluk tubuh dengan mengharapkan limpahan ekonomi negara-negara jiran untuk merasai tempiasnya kerana ia tidak akan berlaku.

Sudah tentu kita tidak mahu melihat generasi muda pada masa depan pula mencari kerja di Indonesia dan Vietnam, mencari sesuap nasi.

Selasa, 10 Ogos 2010

Keanjalan dan Jumlah Hasil



Berdasarkan rajah, dapatlah disimpulkan hubungan antara keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil adalah seperti berikut:

a) harga barang pada bahagian keluk permintaan yang anjal(Ed>1)
Kejatuhan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta dengan kadar yang lebih besar. Oleh itu jumlah hasil akan meningkat

b) harga pada bahagian keluk permintaan yang anjal satu (Ed=1)
Jumlah hasil adalah maksimum. Kejatuhan atau kenaikan harga tidak akan mengubah jumlah hasil

c) Harga pada bahagian keluk permintaan yang tidak anjal (Ed<1)
kejatuhan harga barang akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta dengan kadar yang lebih kecil. Oleh itu jumlah hasil akan berkurangan.

konsep keanjalan,

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran
1. Pengenalan.

Program ulangkaji kita pada kali ini akan membincangkan tajuk keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Ia merupakan tajuk kedua dalam sukatan pelajaran baru. Fokus ulangkaji kita untuk tajuk ini adalah berkenaan dengan:

a) Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.
b) Menghitung nilai keanjalan dengan menggunakan rumus.
c) Membezakan darjah keanjalan permintaan dan penawaran.
d) Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan dan penawaran.
e) Hubungan antara keanjalan permintaan dengan hasil jualan (jumlah hasil).


2. Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.

Perubahan kuantiti barang yang diminta boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti perubahan harga barang itu sendiri, perubahan harga barang lain dan perubahan pendapatan pengguna.

Keanjalan permintaan harga boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri. Keanjalan permintaan silang pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang lain. Seterusnya, keanjalan permintaan pendapatan boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti barang diminta terhadap perubahan pendapatan pengguna.

Keanjalan penawaran pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti ditawarkan sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri.


3. Menghitung nilai kenajalan

Keanjalan permintaan harga boleh dihitung dengan menggunakan rumus.
Ed= %Perubahan Qd/% Perubahan Harga

Nilai keanjalan permintaan harga yang diperolehi adalah negatif. Ini hanya menunjukkan terdapatnya hubungan songsang diantara harga dengan kuantiti.
Nilai keanjalan ini menunjukkan kesan perubahan harga sebanyak 1 unit terhadap perubahan kuantiti barang yang diminta (keanjalan titik)Keanjalan permintaan silang pula dihitung dengan menggunakan rumus,

Es = % perubahan kuantiti barang X diminta/
% perubahan harga barang Y (barang lain)

Nilai keanjalan silang yang diperolehi mungkin negatif, positif atau 0. Nilai keanjalan ini boleh digunakan untuk mengelaskan barang seperti berikut:
Nilai Es Contoh barang
Negatif
Positif
Sifar Pengganti
Penggenap
Tiada kaitan
Manakala keanjalan permintaan pendapatan boleh dihitung dengan menggunakan rumus,

Ey = % perubahan kuantiti diminta/
% perubahan pendapatan

Nilai keanjalan pendapatan yang diperolehi boleh digunakan untuk mengelaskan barang, seperti berikut:
Nilai Ey Contoh barang
Ey = 0
1> Ey > 0
Ey > 1
Ey < 0 Barang mesti
Barang normal
Barang mewah
Barang bawahan

3. Darjah keanjalan permintaan dan penawaran.

Darjah keanjalan permintaan boleh di kategorikan kepada lima iaitu,

Darjah keanjalan Nilai Ed Implikasi Gambarajah

1.Tidak anjal sempurna atau sifar
Ed = 0
Kuantiti tidak berubah
walaupun harga berubah.

2. Tidak anjal atau kurang anjal

1 > Ed > 0



% perubahan kuantiti diminta kurang daripada % perubahan harga.


3. Anjal satu atau uniti


Ed = 1

% perubahan kuantiti diminta sama dengan % perubahan harga.

4. 4. Anjal atau
5. lebih anjal

¥ > Ed > 1


% perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada % perubahan harga.


5. Anjal sempurna atau infiniti
Ed = ¥
Pengguna hanya membeli pada harga yang ditetapkan





4. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan

a) Wujudnya barang pengganti
Lebih banyak barang pengganti, permintaan barang adalah lebih anjal.

b) Sifat barang.
Jika barang adalah barang mesti, permintaan barang adalah tidak anjal.
c). Bahagian pendapatan yang dibelanjakan untuk barang.
Jika sebahagian besar pendapatan digunakan untuk perbelanjaan, permintaan barang lebih anjal.

d) Masa.
Lebih lama jangka masa diperlukan untuk pengubahsuaian terhadap permintaan, permintaan barang lebih anjal.

e). Kepelbagaian kegunaan barang.
Jika barang mempunyai lebih kepelbagaian kegunaan barang, permintaan barang lebih anjal.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran.

a) Kos pengeluaran tambahan.
Tambahan pengeluaran yang mengakibatkan tambahan kos pengeluaran yang tinggi, penawaran barang tidak anjal.

b). Corak penggunaan faktor pengeluaran.
Jika pengeluaran barang memerlukan faktor pengeluaran yang khusus, penawaran barang tidak anjal.

c) Masa.
i. Jangka masa yang singkat, pengeluaran tidak boleh ditambah. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal sempurna.
ii. Jangka masa pendek, penambahan barang adalah terhad. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal.
iii. Jangka masa panjang, faktor pengeluaran boleh berubah dengan mudah. Oleh itu penawaran adalah lebih anjal.


6. Hubungan antara keanjalan permintaan dengan jumlah hasil.
Hubungan tersebut boleh diterangkan melalui gambarajah berikut;

Contoh Soalan Latihan Keanjalan

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran
1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga dan keanjalan permintaan silang? [4]
b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, tunjukkan bagaimana keanjalan tersebut
dihitung. [6]

2. a) Bezakan antara penawaran yang anjal dengan penawaran yang tidak anjal[4]
b) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran. [6]

3. Dengan menggunakan konsep keanjalan permintaan, terangkan bagaimana
perubahan harga boleh mempengaruhi jumlah hasil? [10]



5. Dengan menggunakan keanjalan permintaan pendapatan, terangkan
bagaimanakah barang-barang berikut dapat ditentukan.
i. barang normal (biasa)
ii. barang mewah
iii. barang bawahan. [6]


________________________________________
Rangka jawapan

1. a) Berikan definisi keanjalan permintaan harga dan keanjalan permintaan silang.
b) - Rumus
- Contoh berangka, secara jadual atau penyataan
- Cara pengiraan.
- Mentafsir nilai keanjalan.

2. a) Bezakan dari segi nilai keanjalan dan implikasi kejatuhan harga terhadap
penawaran.
b) Jelaskan tiga faktor di atas

3. Perlu lukiskan kedua-dua gambarajah serta huraian ( seperti dalam nota)

5. i) Barang normal (biasa) , 1 > Ey > 0, contoh pengiraan.
ii) Barang mewah, Ey > 1, contoh pengiraan
iii) Barang bawahan, Ey < 0, contoh pengiraan.

Khamis, 5 Ogos 2010

contoh soalan keanjalan permintaan silang

Bagaimanakah konsep keanjalan permintaan silang dapat digunakan untuk menunjukkan hubungan antara dua jenis barang
Jadual menunjukan hubungan harga barang A dan kuantiti diminta terhadap X,Y dan Z

Harga A Kuantiti diminta
Barang X Barang Y Barang Z
RM10 10 20 5
RM20 20 10 5

- Apabila harga A naik dari RM10 ke RM 20, hitung keanjalan permintaan silang untuk X,Y dan Z.

. keanjalan permintaan silang antara barang A dengan barang X ialah 1. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang X ialah barang pengganti. Contoh . Kenaikan 1% harga barang A menyebabkan kuantiti diminta terhadap X bertambah sebanyak 1%

- keanjalan permintaan silang barang A dengan barang Y ialah -0.5. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang Y ialah barang penggenap . Contoh. Kenaikan 1% harga barang A menyebabkan kuantiti diminta terhadap X berkurang sebanyak 0.5%

- keanjalan permintaan silang barang A dengan barang Z ialah sifar. Dapat disimpulkan bahawa barang A dan barang Z ialah barang tidak berkaitan. Contoh. Kenaikan harga barang A tidak memberi kesan terhadap kuantiti diminta terhadap Z.

Khamis, 29 Julai 2010

UNSUR PERDAGANGAN,

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN

MAKSUD PERDAGANGAN

- agih barang daripada pengeluar ke pengguna untuk penuhi keprluan dan kehendak

MAKSUD PERNIAGAAN

- jual beli barang untuk dapat untung

PERBEZAAN PERDAGANGAN DENGAN PERNIAGAAN

PERDAGANGAN PERNIAGAAN
1. merupakan cabang pengeluaran 1. merupakan cabang perdagangan
2. agih barang 2. beli dan jual barang
3. tujuan agih barang 3. tujuan dapat untung
4. daripada perniagaan dan bantuan perniagaan 4. terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa


PERANAN BANK

- Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit
- Ada kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa
- Beri modal melalui pinjaman / overdraf
- Beri khidmat nasihat
- Lain-lain perkhidmatan seperti:
• pertukaran matawang asing, cek kembara

PERANAN INSURANS

- Beri perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan
seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
- Bayar premium untuk dapat gantirugi dapat memulihkan kepada kedudukan asal
- Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian
PERANAN PENGANGKUTAN

- Bawa barang dari tempat yg lebih ke tempat yg kurang bagi selaras permintaan dan penawaran
- stabilkan harga
- Edar barang ke merata dunia untuk luas pasaran
- pilihan pengguna banyak
- Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
- Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
- Elakkan pembaziran
- Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
- Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
- Galakkan pertumbuhan ekonomi

PERANAN PERGUDANGAN

- Pengeluaran besar-besaran berterusan
- Simpan bekalan berlebihan
bekalan berterusan
- Selaraskan permintaan dan penawaran
stabilkan harga
- Kerja akhir dapat dilakukan
seperti menimbang, membungkus.
- Penyetoran sejuk elakkan barang rosak
seperti daging, buahan
- Lindungi risiko kecurian / selamat
- Sedia tempat pamer barang
boleh periksa barang sebelum beli
dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
- Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

PERANAN PROMOSI

- Perkenalkan barang
- Beri maklumat pengguna mudah pilih
- Wujudkan permintaan
- pujuk pengguna beli
- Tingkatkan daya saing
- Didik orang ramai guna barang
- Tingkatkan jualan / untung
- Tingkatkan imej barang / syarikat
- Meluaskan pasaran

PERANAN KOMUNIKASI

- Hubungi pembekal / pelanggan secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)
- Sampaikan maklumat / pesanan
- Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
- Urusniaga cepat melalui teleks , telefon
- Agihan tepat pada masanya
- Memudahkan promosi meningkatkan jualan / untung
- Luaskan pasaran
- Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
- Kurangkan risiko kerugian / kerosakan

PERKAITAN ANTARA PENGELUARAN , PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAAN

- Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan untuk puaskan kehendak manusia
- Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran seperti buruh, modal, tanah dan usahawan
- Barang perlu agihkan ke pasaran maka ia perlukan perdagangan
- Perdagangan ialah proses agih barang dari pengeluar kepada pengguna
- Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan bantuan perniagaan
- Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat untung
- Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans, pengangkutan dan komunikasi
- Perniagaan adalah cabang perdagangan
- Perdagangan adalah cabang pengeluaran

PERNIAGAAN RUNCIT

JENIS PERNIAGAAN RUNCIT

• peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
• peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
• perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
• bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.



PERUNCIT KECIL KECILAN

Perniagaan runcit tanpa kedai

• tidak mempunyai premis tetap.
• bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
• berbentuk milikan tunggal.
• perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
• terdiri drpd pegerai dan penjaja
• Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi yang tetap - di kaki lima, pasar besar
• Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
• Penjaja - secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain
• berjalan kaki atau berkenderaan.
• contoh - penjual ais krim dan roti.

Peruncit berkedai

• beroperasi di premis tetap.
• di kampung atau bandar besar.
• berbentuk milikan tunggal atau perkongsian.
• mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
• Kedai am - kedai yang menjual pelbagai jenis barang.
• Contohnya, kedai runcit
• Kedai khusus - kedai yang menjual satu jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus.
• Contoh kedai khas ialah kedai buku Popular atauKedai gunting rambut


CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN

1. MODAL YANG KECIL
• diperoleh daripada simpanan peruncit sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga, sahabat handai dan bank
2. DIMILIKI OLEH SEORANG PENIAGA ATAU BERKONGSI.
• Urusan perniagaan - dikawal oleh pemilik sendiri.
• menikmati pelbagai faedah seperti semua keuntungan
• cukai pendapatan yang dikenakan rendah
3. MUDAH DITUBUHKAN
• tidak terdapat banyak peraturan
• memerlukan modal yang kecil
• perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
4. MUDAH DIURUS
• kerana saiznya yang kecil
• dikendalikan oleh pemilik sendiri, ahli keluarganya atau pembantu
5. LOKASI PERNIAGAAN
• berdekatan tempat tinggal pelanggan
• menjual dari pintu ke pintu
6. LAYANAN PERIBADI
• penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan barang
7. KOS OVERHED YANG RENDAH
• tidak perlu membayar sewa, cukai perniagaan yang tinggi atau iklan yang mahal.
PERUNCIT BESAR-BESARAN

• perniagaan runcit yang beroperasi dalam skala yang besar
• terletak - kawasan bandar.
• berbentuk - syarikat berhad dan bermodal besar.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN

• Modal– besar, dikumpul melalui terbitan syer
• Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965
• Belian - membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar.
• Jualan – tunai, elak hutang lapuk
• Pengurusan - lebih rumit dan sukar - saiz organisasi yang besar - di bawah kakitangan profesional - pengkhususan, teknologi - moden
• Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan - iringan muzik, tandas, hawa dingin


KEDAI SEJARAS
Maksud
perniagaan runcit yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan - cawangan adalah seragam dari segi nama, logo, reka bentuk, harga dan jenis barang - dikawal dan ditadbir oleh ibu pejabat atau syarikat induk - Contoh Singer, 7-eleven dan kedai Bata.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• bentuk - syarikat berhad kerana melibatkan modal yang besar –
• dikawal Lembaga Pengarah.
• mempunyai kedai cawangan - seluruh negara.
KAWALAN & PENGURUSAN
• Pengurusan - dikawal oleh ibu pejabat atau kedai induk –
• Amalan pengurusannya - berkonsepkan pentadbiran pusat.
• Setiap cawangan - di bawah seorang pengurus.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• Barang-barang yang dijual - standard daripada aspek harga dan kualiti.
• Harga barang adalah tetap
SUSUNATUR KEDAI & KAEDAH JUALAN
• Nama dan logo perniagaan - selaras di semua cawangan.
• Rekabentuk kedai dan imej - sama
• Susunan barang-barang – standard
• Kaedah jualan - secara tunai, kad kredit - dibenarkan.

Kelebihan
1. jualan - secara tunai atau kad kredit.
2. pengkhususan dan pembahagian kerja.
3. dapat diskaun niaga
4.Menjimatkan kos kerana overhed boleh dikongsi
5. mobiliti kakitangan Kekurangan
1. Kesukaran mengawal kerana di merata tempat.
2. Kos pengangkutan dan kendalian - tinggi.
3. Pilihan pengguna - terhad.
4. Melibatkan modal besar.
5. Keputusan hanya dibuat ibu pejabat.

PASAR RAYA BESAR
Maksud
Pasar raya besar (hypermarket) merupakan sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung - terletak di pinggir bandar dan bergantung kepada pelanggan berkenderaan yang mengunjunginya pada hujung minggu - Contoh pasar raya besar ialah Xtra dan Giant.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• sebuah syarikat berhad yang bermodal amat besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
• dasar dan polisi - ditetapkan Lembaga Pengarah
• dilaksanakan - sekumpulan pengurusan peringkat pertengahan yang bergaji tetap.
• Pengurusan setiap bahagian - seorang pengurus atau penyelia.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai jenis dan jenama barang - barang keperluan harian
• harga barang – berpatutan dan tetap
KAEDAH JUALAN
• urusan jual beli - secara tunai / kad kredit
KEMUDAHAN
• tempat letak kereta, troli

Kelebihan
1. kos yang rendah - sewa rendah dan bilangan kakitangan kurang.
2. perolehan yang besar - pelanggan membeli banyak secara mingguan.
3. kadar pusingan stok dan pengaliran tunai tinggi.
4. Menyediakan pelbagai jenis barang - di bawah satu bumbung. Kekurangan
1. Margin keuntungannya - rendah kerana harga - murah.
2. Kedudukan di pinggir bandar - menyukarkan pelanggan tidak berkenderaan
3. Perlu menjual barang dalam volum yg
besar - membiayai kos operasi yang
tinggi.
PASAR RAYA

Maksud
menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung - terletak di lokasi strategik yang mudah dikunjungi - di pusat bandar Contohnya, Pasar Raya Billion dan Pasar RayaTops.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• Pasar raya adalah berbentuk syarikat berhad.
KAWALAN & PENGURUSAN
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah (dasar)
• diuruskan (perlaksanaan) oleh kakitangan profesional
• dibahagikan kepada beberapa bahagian - seorang penyelia bahagian.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• makanan segar - daging, ikan & keperluan harian - sabun mandi, syampu.
• Harga - tidak boleh ditawar.
• dilekatkan dengan tanda harga.
KAEDAH JUALAN & SUSUNATUR KEDAI
• secara layan diri.
• jualan dibuat secara tunai & kad kredit.
• Barangnya diperagakan

Kelebihan - Pengguna
1. Menjimatkan masa dan kos - membeli pelbagai barang di satu tempat.
2. Bebas memilih
3. Harga lebih murah berbanding di kedai runcit
4. Menyediakan kemudahan
5. Suasana membeli-belah - selesa. Kekurangan - Pengguna
1. Jauh dari tempat tinggal- membazir dari segi kos dan masa.
2. Harga barang tetap dan jualan dibuat secara tunai.
3. Tidak menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Kelebihan – Peniaga
1. Menikmati pengkhususan dan pembahagian kerja.
2. Menjimatkan kos - sistem layan diri.
3. Penggunaan iklan - menarik pelanggan dan melariskan jualan. Kekurangan - Peniaga
1. Melibatkan modal yang besar.
2. Prosedur penubuhan yang rumit.
3. Risiko kecurian - akibat layan diri dan peragaan terbuka.
4. Makanan segar yg tidak tahan lama.


GEDUNG ANEKA JABATAN

Maksud
sebuah perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat - terletak di lokasi yang strategik di bandar besar. Contohnya, Isetan, Parkson Grand dan Metrojaya.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan modal yang besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
• Pentadbirannya dikawal oleh Lembaga Pengarah - menentukan segala dasar syarikat.
• Setiap jabatan merupakan unit khas
• Pembelian stok - tanggungjawab pengurus jabatan
• Contoh jabatan pakaian wanita
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai dari segi jenis dan jenama.
• Harga - tidak boleh ditawar.
KAEDAH JUALAN
• Jualan - tunai / kad kredit
KEMUDAHAN
• lif, tandas, telefon, tempat letak kereta, surau

Kelebihan – Peniaga
1. Menikmati diskaun niaga - dapat menjual lebih murah.
2. Pentadbiran menjadi lebih cekap - pengkhususan dan pembahagian kerja
3.Jualan secara tunai – tiada masalah hutang lapuk.
4. Menjimatkan kos promosi - satu iklan - dapat meliputi semua jabatan. Kekurangan - Peniaga
1. Kos overhed yang tinggi - sewa, perhiasan kedai, gaji jurujual serta kos kemudahan
2. Penubuhannya sukar - modal yang besar dan prosedur yang rumit.
3. Saiz pemiagaan yang besar - menyukarkan urusan kawalan dan pengurusan.
4. Peragaan barang secara terbuka - menggalakkan risiko kecurian dan kerosakan.
Kelebihan – Pelanggan
1. menjimatkan masa dan tenaga - segala keperluan rumah - di dalam satu bangunan.
2. Kemudahan dan membeli dalam suasana yang selesa.
3. tanda harga - boleh membandingkan harga barang dan tidak bimbang ditipu. Kekurangan - Pelanggan
1. Tiada layanan peribadi kerana mengamalkan layan diri.
2. Tidak dapat membeli barang secara kredit.
3. Tiada tawar-menawar kerana harga barang adalah tetap.
4. Pelanggan sukar - terletak di pusat bandar - jauh

KOPERASI RUNCIT

Maksud
organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna - tujuan utama untuk membantu anggota memperoleh barang keperluan pada harga yang berpatutan tanpa melalui orang tengah. Contohnya, koperasi peladang

BENTUK ORGANISASI
• ditubuhkan mengikut Akta Koperasi 1993
• dan didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia.
• Modal - jualan syer kepada anggotanya.
• Syer - tidak boleh diniagakan atau dipindah milik.
KAWALAN & PENGURUSAN
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah (menentukan dasar)
• Pengurusan hariannya - oleh kakitangan yang dibayar gaji.
• Stok dibeli dalam kuantiti yang besar
• boleh menawarkan diskaun niaga yang tinggi
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• menjual barang keperluan harian kepada anggota dan bukan anggota.
• Harga barang lebih rendah berbanding harga pasaran
BAYARAN DIVIDEN
• Keuntungan disebut lebihan -sebahagian wajib disimpan sebagai rizab
• bakinya untuk membayar dividen - terbahagi kepada dividen tunai dan rebat.
• Dividen tunai - dividen yang dibayar berdasarkan jumlah belian
• Rebat atas pelaburan pula ialah faedah yang dibayar secara peratusan berdasarkan jumlah saham

BENTUK LAIN PERUNCITAN

1. MESIN PERUNCITAN AUTOMATIK

• menjual barang terus kepada pengguna melalui mesin secara automatik.
• memuatkan barang dan dilengkapi pelbagai fungsi - slot syiling atau peragaan tingkap
• memasukkan wang yang mencukupi ke dalam slot - menekan butang barang pilihannya - barang itu akan keluar secara automatik.
• menjual jenis barang tertentu seperti minuman kotak
• memperniagakan perkhidmatan seperti mesin menimbang berat badan
• ditempatkan di lokasi yang strategik misalnya di perhentian bas
• boleh beroperasi selama 24 jam tanpa diawasi.

Kelebihan - Peniaga
1. beroperasi sendiri - tanpa pengawasan dan 24 jam.
2. khidmat layan diri - menjimatkan kos upah dan pengendalian perniagaan.
3. meningkatkan jualan - mesin mudah diletakkan asalkan ada permintaan.
4. Kos pengurusan rendah - tidak perlu menyewa premis Kekurangan - Peniaga
1. Kos pemasangan dan pemeliharaan - mahal.
2. Muatan - terhad.
3. Jenis dan kuantiti barang yang sesuai - terhad.
4. risiko kerosakan - tinggi

Kelebihan - Pembeli
1. 24 jam.
2. Tiada caj tambahan.
3. Cara pembelian mudah.
4. Menjimatkan kos, masa dan tenaga Kekurangan - Pembeli
1. Pilihan - terhad
2. Barang tidak dapat ditukar
3. Bentuk pembayaran terhad


2. PESANAN MEL

• menjual barang terus melalui pos atau perkhidmatan kurier.
• Contoh - The Readers's Digest, The Times, Dewan Bahasa dan Pustaka, Mail Order Gallery (MOG)
• sesuai - menjual barang yang ringan, kecil, tidak mudah pecah dan tahan lama.
• Bentuk dan cara penggunaan barang-barang - dapat disampaikan - melalui gambar
• dijalankan melalui tiga kaedah, iaitu pengiklanan, kiriman terus atau pelantikan ejen.
• tiga kaedah pembayaran
• Bayar Waktu Terima (B.W.T) - bayaran dibuat apabila barang sampai di pejabat pos
• Tunai Waktu Pesanan (T.W.P) mewajibkan bayaran dihantar dengan borang pesanan.
• Bayaran ansuran - membayar beransur-ansur mengikut tempoh yang ditetapkan.


Kelebihan - Peniaga
• menanggung kos overhed yang rendah
• tidak memerlukan lokasi yang strategik
• pasarannya luas - kawasan yang mempunyai perkhidmatan pos
• Bilangan kakitangannya tidak ramai
• Mengetepikan orang tengah Kekurangan - Peniaga
• kos promosi
• kos pengurusan atau mengutip hutang
• kos menginsuranskan barang - barang mungkin rosak dalam perjalanan

Kelebihan - Pembeli
• boleh bayar ansuran
• boleh pulang balik
• menjimatkan kos tambang, masa dan tenaga Kekurangan - Pembeli
• Mungkin ditipu
• Barang lambat sampai
• Tiada hubungan peribadi
• tidak dapat memeriksa barang

3. FRANCAIS

• seseorang individu yang diberi hak untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat induk yang sudah terkenal
• Contoh kedai makan segera Merryl Brown, Habib Jewel, KFC’s,
• menggunakan logo, nama dan reka bentuk yang sama.
• individu atau syarikat yang diberi kebenaran - francaisi
• syarikat induk yang memberikan kebenaran - francaisor.
• perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak- syarat francais



• Fungsi francaisor
o memberikan hak menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaan
o membimbing - penubuhan & pengurusan perniagaan
o mengendalikan program latihan staf, promosi jualan dan
o membiayai kos pengiklanan francaisi.
o membekalkan ramuan, alat dan perkakas dengan kredit tertentu.
• Fungsi Francaisi
o membayar royalti - satu jumlah tetap atau secara peratusan drpd jualan bulanan.

Kelebihan - Francaisor
1. mengembangkan perniagaannya.
2. ekonomi bidangan Kekurangan – Francaisor
1. boleh menjejaskan nama baik
Kelebihan - Francaisi
1. mendapat sokongan pengurusan dan kewangan - risiko kegagalan perniagaan amat rendah.
2. Tidak perlu menanggung kos overhed seperti promosi, latihan staf dan iklan.
3. Jenama terkenal – mendapat sambutan ramai Kekurangan – Francaisi
1. perlu mengawal kualiti barang - boleh menjejaskan nama baik francaisor.
2. terikat dengan perjanjian francais & bergantung kepada francaisor.
3. tiada inovasi dan inisiatif sendiri


4. JUALAN LANGSUNG

• menjual barang terus melalui kunjungan jurujual dari pintu ke pintu.
• Contoh syarikat Amway, Avon dan syarikat-syarikat insurans.
• Jurujual atau ejen dilantik dan dilatih dengan pelbagai kemahiran dan
teknik jualan
• Secara pelbagai peringkat (multilevel)
• menggunakan senarai harga, katalog atau sampel produk.
• dibayar komisen atas jualan
• 3 bentuk jualan langsung –
o jualan perkhidmatan oleh ejen seperti ejen insurans
o jualan barang oleh ejen pengeluar - katalog dan sampel seperti Avon
o jualan barang oleh ejen bebas
• Jenis produk yang sesuai - kosmetik, perkakas dapur, insurans dan pakej pelancongan.

Faktor-faktor Pekembangan

1. Pengguna semakin sibuk
2. Masalah pengangkutan
3. khidmat sokongan pelanggan lemah - berbaris panjang di kaunter bayaran
4. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi - panggilan tanpa tol, kad kredit dan internet.
5. Kos pengiklanan – murah



Kelebihan
1. bersemuka dengan pembeli
2. Liputan pasarannya - kawasan pedalaman.
3. tidak perlu - premis besar.
4. Sesuai untuk produk yang memerlukan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan perkhidmatan selepas jualan. Kekurangan
1. Pembeli dikenakan bayaran yang lebih - tanggungan kos
2. Barang-barang tertentu sahaja
3. memerlukan modal yang besar.
4. kos overhed yang tinggi - kos latihan ejen, kos cetakan katalog


6. E-DAGANG

• menjual melalui talian internet dengan rangkaian komputer
• dari peringkat pertanyaan, pesanan, pengeluaran invois hingga peringkat bayaran.
• secara online antara penjual dengan pembeli dari seluruh dunia.
• mewujudkan laman web dan gerai pameran dalam internet
• gambar dan maklumat terperinci dipaparkan di skrin komputer.
• perlu membuat bayaran awal (prabayar) dengan memasukkan nombor kad kreditnya.
• Barang pesanan akan dihantar melalui pos atau kurier
• Jika belian didapati tidak menepati deskripsi, ia mungkin boleh dikembalikan semula, tertakluk kepada syarat jualan


Kelebihan – Peniaga
1. menjual secara global pada kos yang paling minimum
2. tidak memerlukan premis - hanya gudang
3. Kos operasi murah - hanya satu laman web
4. operasi secara besar-besaran - pengguna internet di seluruh dunia
5. sistem prabayar - tidak menanggung hutang lapuk Kekurangan - Peniaga
1. persaingan sengit - laman web lain
2. Perang harga - merugikan peniaga.
3. membangunkan laman web - mahal.
4. Laman web - dicerobohi
5. Proses globalisasi - e-dagang - menguntungkan peniaga di negara maju

Kelebihan - Pelanggan
1. Pilihan pelanggan - pasaran sedunia.
2. barang berkualiti tinggi - harga yang lebih murah.
3. membeli-belah dari rumah atau pejabat - menjimatkan kos, masa dan tenaga.
4. maklumat - relevan, terperinci dan terkemas kini
5. amalan pegangan tunai yang minimum - bayar menggunakan kad kredit. Kekurangan - Pelanggan
1. Membeli secara prabayar - tanpa melihat barang sebenar
2. unsur penipuan dan manipulagi pihak tertentu.
3. Undang-undang siber tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya
4. kad kredit - kebocoran nombor pin
5. Terpengaruh dengan tawaran - pembaziran.


6. TELEVISYEN INTERAKTIF (TVI )

• membolehkan seorang penonton TV berinteraksi dengan peniaga yang mengiklankan barangnya melalui TV dan membeli-belah dari rumah.
• Contoh – siaran Astro, Smartshop
• merupakan hasil ciptaan teknologi digital
• menggabungkan fungsi televisyen dengan komputer peribadi secara interaktif
• mesti disambungkan dengan talian internet.
• Cara beroperasi:
a. Gambar dan maklumat barang - ditayangkan di televisyen
b. Pesanan dibuat serta-merta - menekan papan kekunci /gagang telefon
c. Bayaran prabayar - menggunakan kad kredit
d. barang dihantar - pos, ejen jualan atau kurier.
• membolehkan penonton mengambil bahagian dalam program tertentu di televisyen.
• menjawab soalan dan memberi pendapat

Kelebihan – Peniaga
1. Premis yang strategik - tidak diperlukan
2. Kos pengurusan rendah
3. cara penggunaan barang - lebih jelas (visual) dan terus kepada penonton.
4. Reaksi penonton - maklum balas untuk memperbaiki produk
5. Kesan audio visual lebih meyakinkan Kelemahan - Peniaga
1. penggambaran produk - mahal.
2. siaran melalui televisyen - mahal berbanding media yang lain.
3. siaran waktu tengah malam- kurang berkesan
4. Siaran iklan perlu kerap diulangi

Kelebihan – Pelanggan
1. membeli-belah sambil menonton televisyen di rumah
2. membuat pesanan - serta-merta
3. Mempunyai masa - membuat pertimbangan dan pilihan.
4. Menjimatkan masa, kos dan tenaga
5. mengetahui cara penggunaan barang Kelemahan – Pelanggan
1. Membeli tanpa melihat barang sebenar
2. unsur penipuan dan manipulasi
3. Barang - tidak seperti yang disiarkan.
4. Urusniaga akan mengambil masa

7. KEDAI KATALOG

• mempromosikan barang atau perkhidmatannya melalui katalog
• Contoh - Courts Mammoth, Ikea dan The Catalog Shop.
• semua jenis barang jualan disenaraikan secara teratur
• katalog diedarkan secara percuma di tempat kunjungan ramai
• Keistimewaan - tawaran skim bayaran ansuran yang fleksibel
• menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti perkhidmatan penghantaran barang
• Sasaran - bergaji tetap seperti pegawai kerajaan
• keuntungannya daripada faedah
• Bayaran - debit terus atau arahan tetap (bank) ataupun potongan gaji (Biro Angkasa).
• Barang-barang yang dijual - jenis barang yang piawai dan tahan lama.
• Contohnya, barang-barang elektrik, perabot, peralatan dapur

Kelebihan
1. Liputannya lebih luas - semua pengguna internet
2. Tawaran skim bayaran ansuran yang fleksibel
3. keuntungan yang lebih tinggi
4. Perkhidmatan selepas jualan
5. promosinya berkesan - elemen audio visual dan animasi. Kekurangan
1. Harga jualan lebih mahal
2. Kos promosi yang tinggi
3. tidak sesuai - barang yang tak tahan lama dan tiada kepiawaian

Rabu, 21 Julai 2010

Demonstrasi Memasak


Demonstrasi memasak telah dijalankan hari ini dari pukul 1.15 hingga 3 petang di bilik K.H. Aku telah membuat carrot cake. Kawan- kawan yang seramai enam orang lagi telah membuat demonstrasi memasak Soto Jawa, Pai Tee, Huat Apam, Lepat Kacang Hijau, Bergedil Ikan, dan Mushroom Soup. Ingatkan saja suka-suka aje tapi tak sangka pula ada hadiah yang disediakan. Lain kali boleh buat lagi. Tapi kali ini PK dan Ketua Bidang yang akan masak.

Selasa, 20 Julai 2010

Asas kepada perdagangan

KUMPULAN 16
ASAS KEPADA PERDAGANGAN.

SOALAN ESEI:

1.(a) Apakah maksud pengeluaran? (5 markah)
(Aras 1)

(b) Huraikan kesan pengkhususan dalam pengeluaran (12 markah)
(Aras 2)

(c) Terangkan perbezaan antara peniaga dan usahawan. (8 markah)
(Aras 2)

UNSUR PERDAGANGAN

1.(a) Apakah kepentingan bank, komunikasi dan promosi kepada puan Sarimah, seorang
pengusaha barang-barang kraftangan. (15 markah)
(Aras 2)

(b)

Mengeluarkan baju kemeja ----- menghantar baju kemeja ke kedai -------

menjual baju kemeja.


Berdasarkan maklumat diatas, jelaskan perkaitan antara pengeluaran ,perdagangan
dan perniagaan. (10 markah)
(Aras 2)


SKEMA MARKAH.
No. 1 – ASAS KEPADA PERDAGANGAN.
No. Skema Markah


KUMPULAN 16
ASAS KEPADA PERDAGANGAN.

SOALAN ESEI:

1.(a) Apakah maksud pengeluaran? (5 markah)
(Aras 1)

(b) Huraikan kesan pengkhususan dalam pengeluaran (12 markah)
(Aras 2)

(c) Terangkan perbezaan antara peniaga dan usahawan. (8 markah)
(Aras 2)

UNSUR PERDAGANGAN

1.(a) Apakah kepentingan bank, komunikasi dan promosi kepada puan Sarimah, seorang
pengusaha barang-barang kraftangan. (15 markah)
(Aras 2)

(b)

Mengeluarkan baju kemeja--------menghantar baju kemeja ke kedai ------ menjual baju kemeja.


Berdasarkan maklumat diatas, jelaskan perkaitan antara pengeluaran ,perdagangan dan perniagaan. (10 markah)
(Aras 2)


SKEMA MARKAH.
No. 1 – ASAS KEPADA PERDAGANGAN.
No. Skema Markah



1. (a)(b) Aktiviti produktif
Menghasilkan barang atau perkhidmatan
Dapat memuaskan kehendak manusia
Penciptaan nilai faedah
Keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk memuaskan kehendak manusia.
Contoh: Kayu dijadikan perabot

Kelebihan.
Kecekapan dan kemahiran pekerja meningkat
Pengeluaran meningkat
Masa dan kos latihan pekerja dapat disingkatkan
Penggunaan mesin dalam pengeluaran
Menikmati ekonomi bidangan
Pekerja mengkhusus dalam bidang yang sesuai dengan bakat.
Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan

Kekurangan.
Pekerja merasa bosan kerana kerja yang sama dilakukan.
Kemahiran yang terhad.
Pekerja sukar mencari pekerjaan yang lain.
Penggunaan mesin yang standard
Menghadkan pilihan pengguna
Mengehadkan daya kreativiti dan inovatif pekerja.
Penambahbaikan mesin sukar dilakukan.
Kerosakan mesin menjejaskan proses pengeluaran.

Peniaga.
Melakukan urusniaga jual beli sahaja.
Utamakan keuntungan.
Pengurusan statik, kurang inovatif dan kreatif
Saiz kecil
Contoh:Abu menjual sate disudut restoran.

Usahawan
Mencipta , mewujud serta mereka sesuatu
Memberi sumbangan kepada masyarakat
Pengurusan dinamik, inovatif dan kreatif
Bersaiz besar
Contoh: Ali mempunyai restoran sate diseluruh negara.


Tajuk:Unsur perdagangan.
Bank.
Menyediakan kemudahan pembayaran
Memberi kemudahan penerimaan wang.
Contoh: cek, debit terus, draf bank
Memberi kemudahan pinjaman dan overdraf
Menyediakan perkhidmatan kredit berdokumen
Mengendalikan pertukaran mata wang asing
Mendiskaunkan bil perintah bayar
Perkhidmatan tambahan spt peti simpanan malam, kad juruwang elektronik
Komunikasi
Menyampai maklumat , berita atau dokumen.
Melalui telefon , radio , surat khabar dan lain-lain lagi.
Menghantar atau menerima maklumat perniagaan.
Merapatkan jarak antara para peniaga.
Membolehkan peniaga membuat pesanan barang .
Membolehkan peniaga mengesahkan setiap urusniaga.
Promosi.
Memperkenalkan barang
Meningkatkan jualan
Meningkatkan keuntungan
Meluaskan pasaran
Mewujudkan pengguna setia
Bersaing dengan pengusaha yang lain.
Kekalkan imej

Keperluan dan kehendak pengguna mewujudkan barangan.
Barangan yang terhasil dari proses pengeluaran.
Mewujudkan pengeluaran tidak langsung.
Setiap individu hanya mengkhusus sejenis keluaran (kemeja)
Lebihan barang dapat dihasilkan.
Proses pengagihan baju kemeja kepada pengguna
Mewujudkan aktiviti perdagangan.
Perdagangan terbahagi perniagaan dan bantuan perniagaan.
Bantuan perniagaan adalah untuk melicinkan aktiviti perniagaan.
Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans, komunikasidan pengangkutan
Perniagaan adalah aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan.
Salah satu cabang perniagaan ialah perniagaan runcit.
Perniagaan dan bantuan perniagaan membantu aktiviti perdagangan dalam proses pengagihan baju kemeja kepada pengguna

Bank Perdagangan

8.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
a. Menerima Simpanan
b. Kemudahan Pembayaran
c. Kemudahan Pembiayaan
]d. Perkhidmatan lain

Hasil Pembelajaran.

Aras 1
Menerangkan bentuk-bentuk perkhidmatan bank perdagangan dan kegunaannya

Aras 2
Menjelaskan kepentingan setiap bentuk perkhidmatan bank perdagangan kepada pelanggan bank.

Aras 3
Membuat keputusan pemilihan perkhidmatan bank yang sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan bank.


Soalan 1

a. Pengurus Pasaraya Maju, Encik Jaya menyimpan wang hasil kutipan harian dalam akaun simpanan di Bank Bumiputera Commerce. Pada hujung bulan, beliau membayar gaji pekerja dengan mengeluarkan wang dari akaun simpanan dan membayar secara tunai kepada pekerja-pekerja. Beliau mendapati cara ini agak sukar lalu mendapatkan khidmat nasihat bank tentang perkhidmatan bank yang dapat digunakan.

Nyatakan dan huraikan perkhidmatan bank yang dapat digunakan oleh Encik Jaya untuk memudahkan pembayaran gaji pekerja-pekerjanya setiap bulan.
[7 markah]

b. Apakah kelebihan menyimpan wang dalam akaun semasa berbanding akaun simpanan.
[7 markah]

c. Huraikan faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh sesebuah bank untuk
meluluskan pinjaman dan overdraf.

[11 markah]





Skema Jawapan:
(a) - Pindahan kredit [1 m]
- pembayaran terus ke akaun penerima [1 m]
- pemegang akaun membayar beberapa orang [1 m]
dengan hanya sekeping cek [1 m]
- Pemegang akaun perlu melengkapkan slip pindahan kredit [1 m] dan memberitahu bank nama penerima bayaran dan maklumat
yang diperlukan. [1 m]
- Slip yang telah lengkap beserta cek pembayaran keseluruhan
amaun diserahkan kepada juruwang. [1m]
- Wang akan dipindahkan daripada akaun penyimpan ke akaun
penerima seperti yang diarahkan [1m]
- Akaun penyimpan didebitkan, akaun penerima dikreditkan. [1m]
- Perkhidmatan ini diberikan kepada pelanggan bank sama ada
mempunyai akaun semasa atau tidak. [1m]

Markah maksimum 7 markah

(b) Kelebihan Akaun Semasa berbanding Akaun Simpanan

- dapat menggunakan perkhidmatan cek. [1m]
- lebih mudah dan selamat/ mengelakkan risiko kecurian/tanpa menggunakan wang tunai. [1m]
- dapat mengeluarkan wang pada bila-bila masa sahaja dengan mengeluarkan cek atau menggunakan perkhidmatan kad ATM [1m]
- Jumlah pengeluaran atau pembayaran dapat disesuaikan mengikut keperluan dan tidak terhad pada sesuatu jumlah. [1m]
- Faedah dibayar jika simpanan di dalam bank melepasi paras jumlah tertentu. [1m]
- memudahkan urusan perekodan keluar masuk wang dengan adanya Penyata Akaun [1m]
- boleh membuat pinjaman overdraf sekiranya wang di dalam
akaun tidak cukup. [1m]
- Faedah hanya dikenakan atas jumlah pinjaman untuk bulan
tersebut sahaja. [1m]


Maksimum markah = 7 markah


(c) a. Tujuan pinjaman dan overdraf [1m]
- hendaklah sesuai dengan syarat yang ditetapkan oleh bank [1m].
- bidang pelaburan yang berpotensi dalam menjana keuntungan [1m] dan dijamin oleh kerajaan akan diberi keutamaan. [1m]

Maksimum markah = 3

b. Kedudukan kewangan [1m]
- kemampuan membayar balik/aliran tunai pemohon yang baik [1m]
- peribadi pemohon yang baik/latar belakang yang sesuai/ boleh dipercayai [1m]
- tempoh bayar balik yang panjang memerlukan syarat yang lebih banyak. [1m]

Maksimum markah = 3

c. Nilai asset yang dicagarkan [1m]
- nilai asset lebih tinggi daripada amaun yang dipinjam. [1m]
- Cagaran berbentuk asset kekal seperti tanah, dan rumah. [1m]
- Pemohon juga boleh mengemukakan penjamin [1m]

Maksimum markah = 3

d. Dasar Bank Pusat [1m]
- aktiviti bank perdagangan dikawal bank pusat. [1m]
Penetapan bank pusat terhadap IKS menyebabkan bank perdagangan memberi keutamaan pinjaman kepada golongan ini. [1m]

Maksimum markah = 3


Jumlah markah maksimum = 11 markah

Ahad, 18 Julai 2010

Konsumerisme

BAB 8 KONSUMERISME


1. Pengguna adalah org yg menggunakan barang dan perkhidmatan di pasaran utk kegunaan diri sendiri atau keluarga.

2. Konsumerisme ialah pergerakan sosial utk wujudkan sebuah masyarakat pengguna yg bijak, sedar dan faham tentang hak dam tanggungjawab mereka.

3, Masalah yg dihadapi oleh pengguna:

· harga yg tinggi

· kualiti brg yg rendah

· corak pengiklanan yg mengelirukan pengguna

· pencemaran alam sekitar

· pelanggaran hak pengguna oleh pengeluar


4. Tanggungjawab Pengguna:

· kesedaran mengkritik

· penglibatan dan tindakan

· tanggungjawab sosial

· tanggungjawab terhadap alam semula jadi

· bersatu padu

5. Tanggungjawab Pengeluar:

· mempraktikkan amalah perniagaan yg baik

· mengamalkan pengiklanan yg beretika

· bersedia menerima rungutan dan mengambil tindakan pembetulan

· memelihara kebersihan dan menjamin keselamatan alam sekitar

· menjalankan tanggungjawab sosial



6. Pengguna yg bijak boleh gunakan Kaedah KBKT (Kota Bharu – Kuala Trengganu) :

· Kualiti brg diutamakan

· Banding harga sebelum membeli brgan

· Khidmat terbaik yg ditawarkan oleh peniaga

· Tepat dlm membuat pilihan brgan sebelum membeli


7.

MEMBELI DENGAN BIJAK (4W1H)

KETERANGAN

Menentukan Apa yg nak dibeli (What)

· sediakan senarai brg yg diperlukan sebelum ke kedai

· brg terbahagi kpd 2: brg primer (brg keperluan) dan brg sekunder (brg kehendak)

· utamakan brg primer dan elakkan pembaziran

Menentukan Sebab untuk membeli (Why)

· pengguna harus tentukan sebab dan rasional pembelian brg

· jgn terpengaruh dgn iklan atau desakan sosial

· elakkan membeli secara spontan atau utk menunjuk-nunjuk

Menentukan Masa membeli (When)

· pengguna harus membeli semasa jualan murah dpd semasa jualan perayaan

· beli semasa Jualan Mega atau Karnival Jualan

Menentukan Tempat untuk membeli (Where)

· pengguna harus membeli di tempat yg berdekatan dan disediakan pelbagai jenis pilihan brg

· bandingkan harga dan kualiti brg sebelum membeli

Menentukan Teknik membeli (How)

· dapatkan maklumat tentang brg yg nak dibeli

· maklumat spt harga, kualiti, keselamatan, jaminan, kuantiti, tarikh luput

· simpan resit pembelian brg utk mudahkan tuntutan ganti rugi kelak

8. Etika Pembeli:

ETIKA PEMBELI

KETERANGAN

Tanggungjawab pembeli terhadap penjual

· penuhi kontrak jual beli yg dipersetujui

· jgn membuat tuntutan yg keterlaluan

Tanggungjawab pembeli terhadap masyarakat

· harus bersatu padu utk pertahankan hak dan kepentingan pengguna

· wujudkan persekitaran yg bersih dan patuhi larangan merokok di tempat awam; pembakaran sampah di tempat terbuka

· berjimat cermat dlm berbelanja

9. 8 Hak Pengguna:

HAK PENGGUNA

KETERANGAN

Hak Mendapatkan Keperluan Asas

· pengguna berhak mendptkan brg/perkhidmatan asas utk jamin kehidupan yg memuaskan

· cth: makanan; pakaian; tempat tinggal; kemudahan kesihatan; pendidikan

Hak Mendapat Keselamatan

· pengguna berhak dilindungi dpd brg/perkhidmatan yg membahayakan kesihatan

· SIRIM berperanan memastikan brgan menetapi mutu piawaian tertentu cth; Akta Elektrik dan Peraturan Makanan

Hak Mendapat Maklumat

· pengguna berhak diberi maklmat yg cukup dan tepat utk buat keputusan bijak

· Akta Perihal Dagangan melindungi pengguna dpd maklumat palsu dlm iklan/label

· Akta Kawalan Harga melindungi pengguna dgn pelabelan harga

Hak Membuat Pilihan

· pengguna berhak diberi kebebasan utk memilih brgan pd harga patut

Hak Bersuara

· pengguna berhak menyuarakan pendapat secara individu atau perwakilan

· pengguna berhak menubuhkan persatuan pengguna

Hak Mendapat Ganti rugi

· pengguna berhak menuntut ganti rugi dpd penjual jika brg rosak atau tidak bermutu

· pengguna juga berhak mendpt ganti rugi jika kerugian atau kecederaan akibat maklumat salah mengenai brg yg dibeli dibwh Akta Kontrak dan Ordinan Jualan Barang-barang

· pengguna boleh buat tuntutan ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP)

Hak Mendapat Pendidikan Pengguna

· pengguna berhak mendpt pendidikan pengguna yg mencukupi dan berterusan

· pendidikan konsumerisme tlh diserap dlm KBSR/KBSM

Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selamat

· pengguna berhak utk hidup dan bekerja dlm alam sekitar yg bersih dan sihat

· Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah telah wujudkan undang-undang kecil utk jaga kebersihan persekitaran dgn sediakan perkhidmatan mengangkut sampah , memotong rumput dan menaman bunga



10. Peranan Kerajaan dan Agensi Lain dalam Melindungi Pengguna:

AGENSI KERAJAAN/UNDANG-UNDANG

PERLINDUNGAN PENGGUNA

Peraturan makanan; Akta Elektrik

· melabelkan brgan makanan; kelulusan SIRIM

Ordinan Ubat-ubatan; Iklan dan Jualan

· melindungi kesihatan pengguna; melarang menjual makanan membahayakan kesihatan

Akta Timbang dan Sukat; Akta Kawalan Harga

· memastikan peniaga guna alat timbang dan sukat yg standard dan betul

· melarang peniaga menaikkan harga brg kawalan tanpa kebenaran

· meletak tanda harga pd brg jualan

Akta Mutu Alam Sekitar

· melindungi alam sekitar dr pencemaran

Akta Kontrak; Akta Jualan Barang-barang

· memberikan hak kpd pengguna menuntut ganti rugi

· memberi hak menolak sst brg yg rosak

Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (Majlis Pengguna)/(MPPPK)

Tribunal Tuntutan Pengguna

· memberi nasihat kpd kerajaan dlm melindungi pengguna

· memberi maklumat kpd pengguna melalui media

· memudahkan pengguna membuat tuntutan ganti rugi terhadap penjual yg melakukan penyelewengan

· cara yg murah; mudah dan cepat membuat tuntutan ganti rugi terhad sehingga RM 10 000

Kementerian dan Jabatan kerajaan

· memantau harga brg; memberi lesen; mengawal pengedaran brgan

· membanteras penyelewengan dlm perdagangan

· melaksanakan peraturan melindungi pengguna

· cth: Kementerian Kesihatan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; SIRIM; Jabatan Alam Sekitar

Persatuan Pengguna

· menerima dan menyiasat aduan pengguna

· menjalankan penyiasatan terhdp brgan

· memberi laporan kpd pengguna melalui media

· mengadakan pendidikan kepenggunaan cth: FOMCA (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia)

Persatuan pengeluar; peniaga; profesional

· tetapkan etika tertentu sbg panduan kpd ahli cth: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Majlis Peguam; Persatuan Arkitek Malaysia

11. Etika Amalan Perniagaan:

· 3 kumpulan sasaran iaitu: kerajaan; peniaga dan pengguna

ETIKA AMALAN PERNIAGAAN

KETERANGAN

1. Tanggungjawab peniaga terhadap pekerja

· adil dlm mengambil pekerja

· gaji dan bonus dibayar ikut tahap produktiviti

· mencarum dlm KWSP

· faedah sampingan (fringe benefit) spt perubatan; cuti; pengangkutan; kemudahan tempat tinggal; tempat beribadat; riadah;rekreasi harus disediakan

· ganjaran (gratuity); ganti rugi; faedah persaraan mesti dibayar

2. Tanggungjawab peniaga terhadap pelanggan

· sediakan brgan dan perkhidmatan yg berkualiti

· tingkatkan mutu jualan

· ikut timbangan dan sukatan yg standard dan betul

· beri tunjuk cara pd brgan yg perlu demonstrasi

3. Tanggungjawab peniaga terhadap pembekal

· bersikap adil dgn pembekal

· amalkan sistem payung iaitu membantu pembekal yg kecil dr segi kewangan

4. Tanggungjawab peniaga terhadap pemodal

· uruskan perniagaan dgn jujur dan cekap agar pelaburan dtgkan hasil atau terjamin selamat

· sediakan penyata kewangan dan kunci kira-kira kpd pemodal

5. Tanggungjawab peniaga terhadap kerajaan

· bekerjasama dgn kerajaan dlm hal kepentingan pengguna

· bayar cukai tepat pd masanya

6. Tanggungjawab peniaga terhadap masyarakat

· pastikan brgan dan perkhidmatan tidak melanggar amalan budaya; adat resam dan agama

· tidak cemarkan alam sekitar

· buat penyelidikan dan pembangunan srta biayai projek sosial cth: PETRONAS beri biasiswa kpd pelajar; SHELL terlibat dlm aktiviti pemuliharaan alam sekitar (tanggungjawab sosial)