SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Selasa, 12 Oktober 2010

Pengenalan Makro(Contoh Soalan)

Tajuk : Pengenalan Makroenomi
BAHAGIAN B: Soalan esei Ringkas
1.Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran [6]
2 .Terangkan Dasar fiskal dan kewangan [6]
3. Terangkan matlamat dasar makroekonomi yang hendak dicapai oleh Malaysia [6]
BAHAGIAN C: Soalan Esei Panjang
1.Huraikan pembolehubah – pembolehubah makroekonomi [10]

Cadangan skema pemarkahan
1.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contahnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
2.
Dasar fiskal - menggunakan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Dasar kewangan - menggunakan penawaran dan kadar bunga untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
3. Matlamat dasar ekonomi
-Tingkat guna teanaga penuh
-Kestabilan tingkat harga umum
-meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-membaiki imbangan pembayaran

Esei panjang
1.
Pendapatan negara/ keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untukmengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara

Jumaat, 8 Oktober 2010

Dengan bantuan gambar rajah huraikan bagaimana kenaikan harga petrol mempengaruhi permintaan kereta





Petrol ialah barang pengenap kepada kereta. Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan kereta bekurang.
Keluk permintaan kereta yang asal ialah D0D0. Keluk permintaan kereta beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 apabila permintaan kereta berkurang.

Kuantiti kereta yang diminta berkurang dari Q0 ke Q1 walaupun tingkat harga kereta tetap pada P.

Mengapa firma masih meneruskan operasi walau pun mengalami kerugian














Firma masih dapat meneruskan kegiatannya dengan menggunakan jumlah hasil untuk membiayai semua kos berubah dan menutup sebahagian kos tetap.
• Kerugian firma adalah lebih besar jika firma menutup berbanding dengan firma meneruskan operasinya. Justeru itu firma harus meneruskan operasinya untuk mengurangkan kerugian.
• Alasan-alasan lain :
i. Jika firma berhenti, firma akan kehilangan semua pelanggannya kerana pelanggannya telah beralih kepada pengeluar lain.
ii. Jika firma berhenti sementara dan memulakan operasi semula kemudian, firma terpaksa melatih tenaga buruhnya semula.
iii. Jika firma memberhentikan operasinya , firma akan mendapat imej yang buruk yang sukar dipulihkan semula di kemudian hari.

Mengapa P=MC dalam PPS

Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna sentiasa mencapai kecekapan peruntukan?

Kecekapan peruntukan tercapai apabila harga barang sama dengan kos sut menghasilkan barang itu, iaitu, P = MC.

Bagi firma pasaran persaingan sempuran harga barang adalah sama dengan hasil sut dan hasil purata, P=MR=AR.

Keuntungan maksimum firma tercapai apabila hasil sut sama dengan kos sut, iaitu MR = MC .

Jika MR melebihi MC, firma akan menambahkan keluaran untung memaximumkan keuntungan. Sebaliknya jika MR kurang daripada MC, firma akan mengurangkan keluaran untuk memaksimumkan keuntungan.

Keseimbangan firma tercapai apabila MR=MC, dan P =MR, P akan selalu sama dengan MC.