SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Jumaat, 3 Januari 2014

UMRAH....sekadar perkongsian

Assalamualaikum. Kali ini saya ingin menulis tentang umrah. Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang telah saya lalui.......

Penerbangan saya telah diawalkan sehari dari jadual yang sepatutnya.Agak terkejut juga pada mulanya, tapi alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan. Ada ramai rupanya yang tidak lepas permohonan visa, dan itu salah satu sebab penerbangan kami diawalkan, mengambil tempat mereka yang tidak lepas visa.

Penerbangan ke Madinah mengambil masa hampir sembilan jam. Agak sakit juga rasa belakang sebab duduk terlalu lama dalam flight, hampir 9 jam untuk ke Madinah.Kami tiba di hotel dalam lingkungan pukul 10 malam. Terus dinner dan bersiap untuk ke Masjid untuk jamak Maghrib dan Isyak. Alhamdulillah, jarak hotel ke Masjid Nabawi hanyalah dalam lingkungan 80 meter sahaja.

Sampai sahaja di Masjid, kebetulan Raudah dibuka untuk kaum wanita. Alhamdulillah, kami merupakan jemaah terawal selepasa musim haji. Visa untuk negara2 seperti Turki, Iran dan sebagainya belum dibuka lagi. Hanya untuk Malaysia, Indonesia, Brunei. Ini memudahkan laluan kami ke Raudah pada malam itu.Keesokannya, selepasa solat Dhuha, dapat lagi ke Raudah. Begitu juga dengan hari ketiga dan keempat. Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi pada musim cuti sekolah, eloklah pergi selepasa musim haji. Orang masih belum ramai lagi. Tapi kena buat preparation untuk musim sejuk. Bulan Disember bermula musim sejuk di Madinah. Saya bawa Redoxon dan saya dilute dalam air zam-zam. Alhamdulillah, demam yang mula nak menjengah pulih.

Hari keempat kami berangkat ke Mekah. Perjalanan hampir 5 jam menaiki bas. Sebelum itu singgah di Bir Ali untuk Miqat. Semasa solat, saya perasan ramai penganut Syiah di sana. In berikutan cara solat mereka yang saya tengok begitu pelik. Sempat juga kalangan mereka nak hulurkan kitab kecil kepada saya. Saya menolak sebab saya lihat kitab tu macam pelik semacam.

Kami sampai ke Mekah sudah lewat malam. Kali ini hotel kami memang jauh dari Masjidil Haram.Hampir 900 meter.Dipimpin oleh mutawif untuk melakukan umrah pada malam itu. Alhamdulillah selesai umrah pertama dalam lingkungan pukul 2.30 pagi. Oleh sebab jarak hotel dan masjid agak jauh, kami tidur di masjid pada malam itu sehingga solat subuh. Pada hari-hari seterusnya kami bertiga (saya, adik dan adik ipar) mengambil keputusan untuk ke masjid pada waktu subuh, zohor dan asar. Lepas Asar kami tunggu sehingga Isyak baru pulang ke hotel. Ada hikmahnya jarak yang jauh tu, ambil ianya sebagai positif. Selipar saya hilang dua kali, saya harap orang yang ambil selipar saya tu akan gunakan untuk ke masjid.

Di Mekah, memang kita tak boleh cakap sebarangan. Apa yang kadang kala terlintas di fikiran mungkin dimakbulkan. Satu hari, lepas balik dari solat Zohor, terlintas di hati saya "lapar" sebab masa sarapan saya hanya mengambil roti sahaja. Tiba-tiba ada insan yang menghulurkan bungkusan makanan yang terdapat dua kebab dan sekotak air minuman di dalamnya kepada kami, sebungkus seorang. Alhamdulillah, syukran kata saya. Kalau di Malaysia, memang sah lah kita tak akan ambil sebarang pemberian dari orang yang tak dikenali. Ada jemaah yang memberitahu hanya terlintas dihatinya tentang burung merpati yang banyak di sana,"Tak berak ke burung2 ni". Terus dapat najis burung di telekong.So, hati-hati dengan apa yang terlintas dihati anda, apatah lagi dengan apa yang anda nak ungkapkan.

Hari kedua terakhir kami di sana, kami berkesempatan ke rumah kenalan kepada bapa mertua adik saya, iaitu keluarga Patani. Dia mengajak kami makan tengahari di rumahnya. Saya tanya pada adik saya, jauh ke rumahnya. Adik saya kata menurut Hassan(nama pemuda tersebut) tak jauh. Sempatlah dia ke Masjid apabila azan berkumandang. Lepas solat Zohor, kami tunggu dia di tempat yang dijanjikan. Kami hanya mengikut sahaja dia berjalan. Saya rasakan perjalanan memang jauh. Lebih jauh dari hotel kami. Bila sampai ke satu destinasi, saya ingat dah sampai. Rupanya kena mendaki. Saya lihat ke atas, sayup tinggi. Ya Allah, masa tu, tak boleh nak digambarkan perasaan saya. Saya tanya adik ipar, rumah dia ni kat mana, paling atas tu ke. Macam batu caves saya lihat tangga2 tu. Siapa pernah ada pengalaman lihat rumah2 Arab di lereng2 bukit, pasti faham, tapi saya pasti, anda tak pernah daki tangga2 tu. Kami gagahkan juga naik ke atas. Ya, rumahnya hanya tinggal 20 anak tangga sahaja untuk yang paling atas. Sampai di rumah mereka, kami dilayan begitu baik sekali. Ya Allah, menyesalnya saya dengan perasaan saya sebelum itu. Rumahnya kecil, ala2 macam setinggan Arab, di dalam bilik kecil itulah segala beg, kotak2, Tv diletakkan, dan disitulah ibu, ibu mertuanya tinggal. Ramah sungguh mereka. Siap dihadiahkan kami lagi dengan buah tangan.Pendapatan Hassan hanyalah dalam lingungan 20k Riyal pada musim haji dan pendapatan dari hasil menjahit pada bulan Ramdhan, yang mana dia hanya tidur 29 jam sahaja sepanjang bulan Ramadhan. Itulah pendapatan yang disimpan untuk setahun. Well, yang penting barakah. Moga Allah memakmurkan kehidupan mereka sekeluarga.Amin.

Hajarul Aswad???In sya Allah, buatlah tawaf sunat, lepas tu solat sunat tawaf dan berdoa di depan kaabah agar dipermudahkan untuk mencium Hajarul Aswad.Tapi peringatan dari saya, jangan tertipu dengan satu kelompok Indonesian yang berpakat untuk memudahkan laluan anda untuk mencium Hajarul Aswad, dan lepas itu melayang sekurang-kurangnya 100 Riyal. Pada musim Haji boleh cecah 1K Riyal.Itu menurut kata Hassan. Saya juga hampir terkena, tapi saya cepat tersedar. Alhamdulillah.