SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Jumaat, 10 Februari 2012

Institusi Kewangan

Kepentingan Institusi Kewangan Institusi kewangan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Urusan kewangan institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Ini seterusnya mempengaruhi Tingkat pelaburan Guna tenaga Keluaran Negara Pendapatan Negara. Tingkat harga umum Jenis-Jenis Institusi Kewangan Di Malaysia Bank Pusat Bank Perdagangan Institusi Kewangan Lain: Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, KWSP, Syarikat Insurans, Bank Tabungan. Institusi Kewangan Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Takaful Kawalan Institusi Kewangan Di Malaysia Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia. Bank Pusat Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara. Labels: Institusi Kewangan BNM - Mengeluarkan Mata Wang Negara Ordinan BNM 1958 – Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia) Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi. Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing. Labels: Institusi Kewangan BNM - Jurubank Kepada Kerajaan Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan. Mentadbir hutang negara: Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan. Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan. Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan. Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan. Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll BNM - Mengawal Kadar Pertukaran Asing dan Imbangan Pembayaran Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 = RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.) Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara. BNM - Mengawasi kegiatan bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta menjalankan dasar kewangan Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Dasar kewangan menguncup semasa inflasi Dasar kewangan mengembang semasa deflasi BNM - Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit . Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit. BNM - Sebagai Sumber Pinjaman Terakhir Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara). Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara. Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran. Nisbah Rizab Berkanun = (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100% Nisbah Harta Cair = (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100% Bank Perdagangan Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Fungsi Bank Perdagangan - Menerima Deposit Deposit Semasa – Deposit orang ramai yang hanya boleh dikeluarkan dengan cek. Jenis deposit yang tidak dibayar faedah tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan untuk penggunaan cek. Bentuk wang terbanyak di Malaysia. Deposit Tabungan – Deposit tunai orang ramai yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang agak rendah. Menggalakkan sifat menabung. Deposit Tetap – Deposit tunai orang ramai yang mempunyai tempoh matang tertentu: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun dan ke atas. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah deposit tabungan. Lebih lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang dibayar. Menggalakkan sifat menabung. Fungsi Bank Perdagangan - Memberi Pinjaman Pinjaman melalui akaun semasa – mengkreditkan sejumlah pinjaman dalam akaun semasa pelanggannya. Kadar faedah agak tinggi untuk jumlah pinjaman diluluskan. Kemudahan overdraf – membenarkan pelanggannya mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan dan kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja. Mendiskaunkan bil-bil pertukaran - memberikan sejumlah wang pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank perdagangan akan menuntut bayaran daripada pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran tersebut apabila telah sampai tarikh matang bil. Fungsi Bank Perdagangan - Membuat Dan Menerima Bayaran Untuk pemegang akaun semasa yang berurusniaga melalui cek. Fungsi Bank Perdagangan - Menyediakan Perkhidmatan Lain Menjual beli mata wang asing Menjual draf bank – pembayaran dijamin oleh bank perdagangan. Menjual cek pengembara Menyewakan peti simpanan keselamatan Bertindak sebagai pemegang amanah untuk pelanggan-pelanggannya yang telah meninggal dunia. Memberikan nasihat kewangan Menjadi perujuk tentang kedudukan kewangan pelanggannya. Syarikat Kewangan Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Fungsi-Fungsi Bank Perdagangan Menerima deposit melalui deposit tabungan dan deposit tetap. Memberi pinjaman dalam bentuk pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan pajakan dll. Tidak menyediakan deposit semasa. Oleh itu, tidak boleh mencipta kredit seperti bank perdagangan. Bank Saudagar Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Memberi khidmat kewangan kepada saudagar. Fungsi-Fungsi Bank Saudagar Menerima deposit secara besar-besaran (minimum RM250,000) daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat berhad dan syarikat korporat). Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek besar syarikat-syarikat perniagaan. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat-syarikat berhad yang hendak meluaskan bidang perniagaan mereka. Menyediakan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan dan membantu pengambilalihan atau penggabungan syarikat-syarikat berhad. KWSP Institusi kewangan milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor awam dan swasta yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian. Simpanan pekerja dijamin oleh kerajaan. Pengurusan kewangan dikawal oleh BNM. Fungsi-Fungsi KWSP Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau kehilangan keupayaan bekerja. Membolehkan ahli-ahli membeli rumah dan membiayai kos perubatan. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara Pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan. Pinjaman kepada sektor swasta melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat. Syarikat Insurans Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Fungsi-Fungsi Syarikat Insurans Membayar pampasan kepada pemegang polisinya terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta benda, kehilangan nyawa dll Menggerakkan pembangunan ekonomi negara dengan pelaburan dana premium yang diterima dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta tetap dll. Bank Tabungan spt Bank Simpanan Nasional (BSN) Dimiliki oleh kerajaan Fungsi-Fungsinya Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Menggerakkan deposit penyimpan-penyimpannya melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan. Institusi Kewangan Islam - Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH) Institusi kewangan Islam untuk urusan kewangan masyarakat Islam Fungsi-Fungsinya Menerima deposit daripada bakal haji untuk memudahkan urusan perbelanjaan jemaah haji semasa di Mekah. Tabungan diberikan bonus atau dividen kerana LUTH tidak mengamalkan bayaran bunga / faedah. Menggerakkan dana bakal haji melalui pelaburan dalam sekuriti kerajaan, perusahaan, pembinaan, dan perladangan kelapa sawit. Institusi Kewangan Islam - Bank Islam Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak Fungsi-Fungsinya Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunai penabung-penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan. Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan Al-Musyarakah Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut dijual kepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian. Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projek pelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui. Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/benda kepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui. Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggan tentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan