SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Jumaat, 4 November 2011

Jalan-Jalan ke Kuching





Dah lama tak berblogger. Kali ini hendak menceritakan perjalananku ke Kuching Sarawak pada tanggal 25 Disember yang lalu. Aku telah pergi ke sana bersama rakan seperjuangan Jessica Lim dan Siti Rosidah. kami bertiga berada dalam satu bidang yang sama iaitu Teknik dan Vokasional. Oleh sebab tak tahu bagaimana nasib anak-anak yang dua tu nanti kalau mamanya berjalan, maka terpaksalah membawa mereka sekali.......
Aku telah mencater teksi untuk ke airport. Hmmm kalau minta dia datang pukul 6.00 pagi, tambangnya RM90 tapi..apa kata aku lambatkan sikit 15 minit. Ok tambangnya RM65. Seperti yang aku jangka teksi tu datang lebih awal, siap message lagi...'Hai, your teksi is here". My second son kata, mama, jomlah teksi dah sampai. Aku kata 'biarlah, kalau kita naik sekarang dia charge lebih'. Aku masuk ke dalam teksi tu pukul 6.05. Heh..he..ko ingat, ko je cerdik...
Flight kami pukul 8.00 pagi. Masa kat dalam plane, rasa semacam aje. Enjin dia berbunyi,nyet3333...macam kereta rosak. Sudah...macam2 yang bermain dalam kepala ni. Alhamdulillah, akhirnya take off juga. Sampai di Kuching, ambil teksi dan menuju ke hotel. Kawan kami Siti Rosidah, peramah sungguh hang ya ngan pemandu teksi tu. Memang layaklah duduk kat depan. Siap ambil kad pemandu tu lagi..tapi jangan salah sangka, kami nak dapatkan perkhidmatan untuk pi jalan-jalan aje.
Bila dah sampai hotel, kami telefon kawan kami Zurina yang pernah mengajar di MGS pada suatu masa dahulu. Ok...terus set temu janji. Sedang asik menunggu, kami tertanya2 " Eh, Zurina pakai kereta apa ya, dulu dia pakai kelisa kan, mana muat, kita berlima". Tiba-tiba nampak sebuah kereta Alza putih dok hon kami." Heh, heh, alhamdulillah,...wah, dah tukar kereta ya".Rupanya dia masih simpan kelisanya sebagai sentimental value katanya. Kami dibawa berjalan-jalan sekitar bandar Kuching dan ke Muzium Kucing. Aku rasa Kuching memang sebuah bandar yang maju, bangunannya memang menarik. Perpustakaannya wah..besar dan ada tasik yang cantik.Dalam lingkungan pukul 4.30 petang kami pulang ke hotel. Kemudian Zurina menjemput kami semula pada malam hari untuk makan malam. dalam kereta dia memberitahu, kita main masak-masak ya. Hah?...Rupanya dia membawa kami ke restoran stemboat yang mana namanya ialah"Masak-Masak". tak pernah rasanya aku jumpa restoran cam tu kat KL yang mana bukan sahaja kita boleh pilih seafood untuk dibuat stemboat, kita boleh panggang sekali. marjerin untuk memanggang ada disediakan. Alhamdulillah, rasanya pun ok. Kalau tak ada Zurina, alamatnya kami masih tercari-cari tempat makan yang sesuai sebab ramai kenalan memberitahu sukar nak dapatkan makanan yang benar-benar dipercayai halal di sana. dah siap plan nak makan Maggie ke atau ke KFC dan PizzaHutlah jawabnya....
Oklah..esok sambung balik cerita. Dah pukul 11.00 malam ni...
Wokeh...sambung balik.....lepas makan malam kami jalan-jalan sekitar waterfront. Ramai gak peniaga kat sana. Ada gak yang buat show...nak gelak pun ada, bukan nak ngata apa, badan dahlah besar dan nampak berlipat-lipat, pakai pulak sendat2, lepas tu nampak cam tergedik semacam. Dia nak apa sebenarnya ya...
Hari kedua, kami dijemput oleh Zurina pagi-pagi untuk breakfast kat satu tempat.Nama restoran tu pun dah lupalah pulak. Kami cuba makan mi kolok. Aku order mi kolok sapi dan anak-anak mi kolok ayam. Jessica Lim mi kolok ayam dan Siti pula masih peminat setia mi Jawa. Napalah Siti ni kemana-mana masih teringat mi jawanya.
Lepas makan kami pergi ke Cultural Village. Bayaran masuk untuk dewasa RM60, kanak-kanak bawah 12 tahun RM30. Wah...macam masuk Sunway Lagoon. Aku pun memberikan RM150 kepada Zurina . Pas tu Zurina memulangkan semula RM30 sebab dia kata anak aku yang kedua tu dia consider sebagai kanak-kanak. Ha ha..dah bermisai dah tu anak bujangku yang sorang tu...Masuk ke sana rasanya memang berbaloi. Banyak budaya bangsa2 Sarawak yang boleh kita pelajari. Yang paling menarik hati kami adalah persembahan kebudayaan yang bermula pada pukul 11.30 pagi. Rasanya belum pernah aku melihat persembahan sebegitu diTV. Mungkin ala2 teater yang mana rasanya RM60 yang kami bayar untuk bayaran masuk memang berbaloi. Siap ada aksi sumpitan dan tarian yang berlegar-legar di atas buluh. Amazing....
Balik dari Cultural Village, Zurina memberhentikan kami di Waterfront untuk membeli barang-barang souvenier. Belilah T-Shirt untuk anak-anak, diri sendiri dan suami.Tak ketinggalan aku membeli lesung...lesung apa ya? he he...lesung kayu bukan lesung batu. Nampak unik sangat lesung tu, sebab tu aku beli. tambahan pula kat rumah aku memang dah lama tak ada lesung batu...jadi jangan tanya pasal sambal belacan kat aku, sebab aku memang tak buat. Kalau nak beli lauk kat luar, tapau sambal belacan sekali.Balik dari kedai souvenier kami menapak pulang ke hotel. Anak yang bongsu bertanya "Mama, Ayie dah minum petang belum?" La hai...kalau ikut persepsi kaum hawa, kalau bershopping tak yah makan pun tak pe.. he he.Zurina tak dapat lagi membawa kami berjalan sebab terlibat dengan penandaan kertas.
Hari ketiga, kami mencari-cari kedai makan yang sesuai. ya lah, dah pandai jalan sendiri. Rupanya kat belakang hotel kami ada sebuah restoran. Namaya Planet Sambal, ianya direcommend oleh seorang guru yang kebetulan kami jumpa disitu.Lepas breakfast, kami booking teksi yang nombornya memang disimpan oleh Siti. RM230 untuk lapan jam berjalan. Wah...nasib baik boleh share bertiga. Kalau sorang, jalan kaki ajelah. Kami memintanya membawa kami ke Taman negara Bako dan Taman Buaya Jong..Untuk ke Taman Negara Bako, kami kena naik bot. Ingatkan kena bayar RM30 aje, sebab itu yang diminta. Ok jugalah naik bot, walaupun gerun jugak pada mulanya sebab enjin asyik mati aje.Balik dari taman negara, pemandu bot meminta RM94 dari kami. La...dia kata RM30 tu bayaran masuk ke Hutan Bako. Ingatkan kena tipu, kami aje yang tak baca kat papan notisnya. Tapi rasanya ada unsur-unsur sengaja nak mengelirukan sebab tulisannya kecil aje dan memang tak dijelaskan pada mulanya.Balik dari Hutan Bako, kami menuju ke taman Buaya Jong. Nak tengok aksi buaya diberi makan. Show bermula pukul 3.30 petang, wah...kuat sungguh bunyi sang buaya melahap daging. Kalau semalam anak bertanya tak minum petang, kali ni kami lupa tentang makan tengahari....makan tengahari merangkap makan malam dan minum petang.Sempat lagi meminta pemandu teksi membawa kami ke tempat kek lapis yang ditunjuk oleh Zurina sebelum ini.
Hari keempat kami hanya berjalan-jalan di pasar raya berdekatan sambil menjamu mata. Berapa kali jolok duit ni....
Hari kelima kami ke pasar Serikin. Pagi-pagi lagi sekitar 6.00 pagi dah janji ngan pemandu teksi tu. Bayarannya RM160 termasuk tambang ke airport. Perjalanan ke pasar Serikin mengambil masa lebih kurang satu jam pergi dan satu jam balik. Orang kata barang kat sana murah, ala2 Bandung ...tapi rasanya indah khabar dari rupa. Mereka dah tahu ramai pelancong datang ke sana dan ada sesetengah barang kalau kat KL lebih murah.Sampai di hotel, kami terus packing dan Zurina menunggu di bawah. Thanks atas layanan yang diberikan semasa kami di Kuching. Lain waktu mungkin jumpa lagi.
Sampai di airport LCCT lebih kurang pukul 5.40 petang. Terus menunggu satu wajah yang dirindu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan