Diharap blog ini dapat membantu pelajar saya untuk mengakses bahan yang berkaitan dengan mata pelajaran mereka iaitu Ekonomi STPM dan Perdagangan. Cikgu memang berharap kamu semua akan berjaya. Dengan berkat dan usaha anda semua moga ianya dipermudahkan. Amin
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA
Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya
Selasa, 23 Oktober 2012
Majlis Perpisahan Tingkatan 5
Hari ini tanggal 23 Oktober telah diadakan Majlis Perpisahan untuk para pelajar Tingkatan 5 dan Pra U2. Di sini saya selitkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis dijalankan. Pada kali ini juruacaranya bukan saya lagi...he he, nasib baik tahun ini ada pelajar lower six iaitu Noraini Norazli yang mempunyai bakat untuk menjadi MC. Walau ada agenda yang tak ada dalam skrip, dia mampu utuk mengendalikannya dengan baik. Biasalah, itu yang tension bila jadi MC ni, ada saja agenda yang muncul last minute, Kalau gabra, habis...Pada kali ini saya berpeluang untuk mewakili para guru menyampaikan amanat terakhir kepada para pelajar yang amat kami kasihi.
Acara dimulai dengan penyampaian ucapan dari wakil pelajar, wakil guru dan Puan Pengetua. Diikuti dengan persembahan power point yang dikendalikan oleh Encik Wong. Kesian Mr Wong, asal power point aje, bagi kat dia ....Kemudian upacara penyerahan sijil kedatangan penuh dan True Mgsian. Diikuti dengan penyerahan cenderamata dari pihak sekolah dan para pelajar Tingkatan 4 dan Pra U1 kepada para pelajar Tingkatan 5 dan Pra U2. Akhir sekali pelajar memohon restu dari para guru.
Sabtu, 12 Mei 2012
Kem Kecemerlangan Ekonomi
Dah lama tak update blog ni. Hari ini saya baru sahaja selesai melaksanakan Kem Kecemerlangan Ekonomi untuk pelajar Pra U 2 saya. Harap mereka akan lebih bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan yang akan bermula minggu hadapan. Good luck girls.
Kem Kecemerlangan Ekonomi STPM 2012
Tarikh : 12 Mei 2012 (Hari Sabtu)
Tempat : Bilik Tingkatan PraU2
Masa : 7.30am -12.30pm
Kumpulan pelajar : Pelajar PraU2 (6 orang)
Objektif :
1. Membina semangat score “A” dalam kalangan pelajar
2. Memperkukuhkan teknik menjawab soalan peperiksaan STPM dalam kalangan pelajar
3. Menghapuskan kemusykilan / kekeliruan pelajar dalam konsep ekonomi melalui sesi interaksi guru-pelajar
4. Membina semangat kerjasama di kalangan pelajar
5. Mengenalpasti topik-topik fokus dan penting dalam peperiksaan ekonomi STPM
Cadangan Program :
1. Tips Kecemerlangan Ekonomi STPM
Penceramah : Puan Srrifa Salwa Syed Ahmad
2. Sesi interaski guru-pelajar
Modul : Modul topikal soalan sebenar ekonomi
Guru Pembimbing : Puan Srrifa Salwa Syed Ahmad
3. Forum- Persiapan Ke Arah Kegemilangan
Sesi soal jawab bersama pelajar
AJK Kem Ekonomi :
Penasihat : Puan Phoon Yoke Meng (Pengetua Sekolah)
Pengerusi : Puan Roslina Abu ( PK Tingkatan Enam)
Setiausaha : Puan Srrifa Salwa Syed Ahmad ( Ketua Panitia, Guru Akademik Ekonomi )
AJK : Semua pelajar Pra U 2
Sabtu, 5 Mei 2012
Trip ke Sabah Slideshow: Salwa’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Kota Kinabalu was created by TripAdvisor. See another Kota Kinabalu slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
Jumaat, 10 Februari 2012
Institusi Kewangan
Kepentingan Institusi Kewangan
Institusi kewangan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.
Urusan kewangan institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Ini seterusnya mempengaruhi
Tingkat pelaburan
Guna tenaga
Keluaran Negara
Pendapatan Negara.
Tingkat harga umum
Jenis-Jenis Institusi Kewangan Di Malaysia
Bank Pusat
Bank Perdagangan
Institusi Kewangan Lain: Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, KWSP, Syarikat Insurans, Bank Tabungan.
Institusi Kewangan Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Takaful
Kawalan Institusi Kewangan Di Malaysia
Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia.
Bank Pusat
Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.
Labels: Institusi Kewangan
BNM - Mengeluarkan Mata Wang Negara
Ordinan BNM 1958 – Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia)
Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi.
Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing.
Labels: Institusi Kewangan
BNM - Jurubank Kepada Kerajaan
Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan.
Mentadbir hutang negara:
Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan.
Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan.
Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan. Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan.
Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll
BNM - Mengawal Kadar Pertukaran Asing dan Imbangan Pembayaran
Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 = RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.)
Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara.
BNM - Mengawasi kegiatan bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta menjalankan dasar kewangan
Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.
Dasar kewangan menguncup semasa inflasi
Dasar kewangan mengembang semasa deflasi
BNM - Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan
Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit .
Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.
BNM - Sebagai Sumber Pinjaman Terakhir
Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara).
Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara.
Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran.
Nisbah Rizab Berkanun
= (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100%
Nisbah Harta Cair
= (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100%
Bank Perdagangan
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Fungsi Bank Perdagangan - Menerima Deposit
Deposit Semasa – Deposit orang ramai yang hanya boleh dikeluarkan dengan cek. Jenis deposit yang tidak dibayar faedah tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan untuk penggunaan cek. Bentuk wang terbanyak di Malaysia.
Deposit Tabungan – Deposit tunai orang ramai yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang agak rendah. Menggalakkan sifat menabung.
Deposit Tetap – Deposit tunai orang ramai yang mempunyai tempoh matang tertentu: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun dan ke atas. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah deposit tabungan. Lebih lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang dibayar. Menggalakkan sifat menabung.
Fungsi Bank Perdagangan - Memberi Pinjaman
Pinjaman melalui akaun semasa – mengkreditkan sejumlah pinjaman dalam akaun semasa pelanggannya. Kadar faedah agak tinggi untuk jumlah pinjaman diluluskan.
Kemudahan overdraf – membenarkan pelanggannya mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan dan kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja.
Mendiskaunkan bil-bil pertukaran - memberikan sejumlah wang pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank perdagangan akan menuntut bayaran daripada pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran tersebut apabila telah sampai tarikh matang bil.
Fungsi Bank Perdagangan - Membuat Dan Menerima Bayaran
Untuk pemegang akaun semasa yang berurusniaga melalui cek.
Fungsi Bank Perdagangan - Menyediakan Perkhidmatan Lain
Menjual beli mata wang asing
Menjual draf bank – pembayaran dijamin oleh bank perdagangan.
Menjual cek pengembara
Menyewakan peti simpanan keselamatan
Bertindak sebagai pemegang amanah untuk pelanggan-pelanggannya yang telah meninggal dunia.
Memberikan nasihat kewangan
Menjadi perujuk tentang kedudukan kewangan pelanggannya.
Syarikat Kewangan
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Fungsi-Fungsi Bank Perdagangan
Menerima deposit melalui deposit tabungan dan deposit tetap.
Memberi pinjaman dalam bentuk pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan pajakan dll.
Tidak menyediakan deposit semasa. Oleh itu, tidak boleh mencipta kredit seperti bank perdagangan.
Bank Saudagar
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Memberi khidmat kewangan kepada saudagar.
Fungsi-Fungsi Bank Saudagar
Menerima deposit secara besar-besaran (minimum RM250,000) daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat berhad dan syarikat korporat).
Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek besar syarikat-syarikat perniagaan.
Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat-syarikat berhad yang hendak meluaskan bidang perniagaan mereka.
Menyediakan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan dan membantu pengambilalihan atau penggabungan syarikat-syarikat berhad.
KWSP
Institusi kewangan milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor awam dan swasta yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian.
Simpanan pekerja dijamin oleh kerajaan. Pengurusan kewangan dikawal oleh BNM.
Fungsi-Fungsi KWSP
Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau kehilangan keupayaan bekerja.
Membolehkan ahli-ahli membeli rumah dan membiayai kos perubatan.
Menggalakkan pembangunan ekonomi negara
Pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan.
Pinjaman kepada sektor swasta melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat.
Syarikat Insurans
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.
Fungsi-Fungsi Syarikat Insurans
Membayar pampasan kepada pemegang polisinya terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta benda, kehilangan nyawa dll
Menggerakkan pembangunan ekonomi negara dengan pelaburan dana premium yang diterima dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta tetap dll.
Bank Tabungan spt Bank Simpanan Nasional (BSN)
Dimiliki oleh kerajaan
Fungsi-Fungsinya
Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana.
Menggerakkan deposit penyimpan-penyimpannya melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan.
Institusi Kewangan Islam - Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH)
Institusi kewangan Islam untuk urusan kewangan masyarakat Islam
Fungsi-Fungsinya
Menerima deposit daripada bakal haji untuk memudahkan urusan perbelanjaan jemaah haji semasa di Mekah.
Tabungan diberikan bonus atau dividen kerana LUTH tidak mengamalkan bayaran bunga / faedah.
Menggerakkan dana bakal haji melalui pelaburan dalam sekuriti kerajaan, perusahaan, pembinaan, dan perladangan kelapa sawit.
Institusi Kewangan Islam - Bank Islam
Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak
Fungsi-Fungsinya
Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunai penabung-penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan.
Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan Al-Musyarakah
Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut dijual kepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian.
Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projek pelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui.
Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui.
Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/benda kepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui.
Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggan tentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.
Wang
Maksud Wang
Sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran.
Ciri-Ciri Wang
Diterima umum
Penawaran terhad
Bernilai stabil
Bernilai seragam
Berbentuk seragam
Mudah dibahagikan
Mudah dibawa
Mudah dikenali
Tahan lama
Jenis-Jenis Wang
Wang sah/fiat
Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara.
Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia.
Wang Tanda
Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya.
Wang Biasa
Wang negara lain yang biasa diterima oleh penduduk tempatan.
Misalnya, Dolar Singapura ialah wang biasa di Malaysia.
Wang Hampir
Alat yan dianggap sebagai wang untuk tujuan tabungan.
Misalnya, sijil boleh niaga dan deposit tetap di bank perdagangan.
Wang dalam Edaran
Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara.
Misalnya, wang kertas dan duit syiling yang mempunyai pelbagai nilai muka di Malaysia.
Deposit Semasa Bank Perdagangan (Wang Bank)
Deposit semasa yang boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat pembayaran.
Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia.
Nilai Wang
Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang.
Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat.
Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan formula berikut:
Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100
Ciri-Ciri Nilai Wang
Nilai wang meningkat jika jumlah barangan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama bertambah.
Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum.
Indeks Wang (IW) berhubungan songsang dengan Indeks Harga (IH).
IW1 / IW0 = IH0 / IH1
Apabila IH0 = 100, IW0 =100. Jika IH1=120
Maka IW1
= IH0 / IH1 x IW0
=100 / 120 x 100
=83.33
Perubahan nilai wang
= (IW1 – IW0) / IW0 x 100%
Penggunaan Wang mengatasi 4 Masalah Sistem Barter
Masalah kehendak serentak.
Masalah pengukuran nilai yang standard.
Masalah kerosakan / penyimpanan nilai.
Masalah bayaran tertunda / bayaran tertangguh.
Fungsi Wang
Sebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum).
Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam).
Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama).
Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit)
Pengaruh Inflasi Ke Atas Fungsi Wang
Aktiviti Kelas: Perbincangan Berkumpulan
Bagaimana masalah inflasi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap fungsi-fungsi wang.
Definisi Bekalan Wang / Penawaran Wang
Penawaran wang merujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi.
Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2.
Bekalan wang M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling, dan deposit semasa dalam bank prdagangan.
Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga.
Bekalan wang M1
Bekalan wang M1 merupakan definisi wang yang sempit dan terdiri daripada mata wang dalam edaran, iaitu duit syiling dan wang kertas serta simpanan semasa dalam bank perdagangan.
M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit semasa
Bekalan wang M2
Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa).
M2 = M1 + wang hampir
dimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan.
Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank-bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat.
Bekalan Wang Di Malaysia
Dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa
Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek.
M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir)
Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999.
Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999.
M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999.
Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.
PERTUMBUHAN EKONOMI
PERTUMBUHAN EKONOMI
menunjukkan perkembangan ekonomi berbentuk fizikal dari semasa ke semasa seperti pertambahan infrastruktur dan pertambahan prasarana, akan menyebabkan KDNK/KNK benar bertambah.
menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa seperti pendapatan benar bertambah, akan menyebabkan KDNK/KNK per kapita meningkat.
Pertumbuhan ekonomi boleh ditunjukkan oleh peralihan keluk KKP
Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi
(a) Pertumbuhan Jumlah Penduduk
- akan menambahkan jumlah tenaga buruh, jumlah pengeluaran, saiz pasaran dan akan meningkatkan perbelanjaan agregat dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
(b) Kemahiran Buruh dan Usahawan
- dapat mengendalikan pengeluaran berasaskan teknologi tinggi, ini dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
(c) Pertambahan Pelaburan
- dapat membantu pengeluaran melalui modal yang disalurkan dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
(d) Kekayaan Sumber Alam
- kekayaan sumber alam menjamin bekalan faktor pengeluaran yang mencukupi untuk proses pengeluaran dan akan menarik minat pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
(e) Kemajuan Teknologi
- dapat meninggikan kecekapan pengeluaran, meningkatkan jumlah pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
(f) Perluasan Pasaran
- perluasan pasaran ke luar negara akan membolehkan industri berasaskan eksport meningkatkan pengeluaran eksport ke luar negara dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
(g) Galakan Kerajaan
- galakan melalui dasar-dasar ekonomi dan penyediaan kemudahan infrastruktur membantu penubuhan kawasan perindustrian baru dan akan menggalakkan pelabur untuk melabur dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
(h) Kestabilan Politik, Sosial dan Ekonomi
- keadaan politik yang stabil, sosial masyarakat yang teratur dan keadaan ekonomi yang stabil akan menarik pelabur tempatan dan pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.
Faktor yang Menghalang Pertumbuhan Ekonomi
(a) Perledakan Penduduk
- bagi negara yang mempunyai sumber ekonomi yang terhad akan menyebabkan negara tersebut tidak dapat menampung kebajikan penduduk negara tersebut seperti menyediakan peluang pekerjaan dan sebagainya akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
(b) Kekurangan Buruh Mahir dan Usahawan
- akan menghadapi kesukaran untuk menguruskan projek-projek pembangunan dan menyekat usaha penyelidikan dan pembanggunan akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
(c) Kurang Pelaburan
- jumlah tabungan yang terhad disebabkan pendapatan negara yang rendah akan menyebabkan kurang pelabur untuk melabur ke dalam negara akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
(d) Tingkat Teknologi yang Rendah
- kekurangan modal dan buruh mahir untuk mengendalikan alat teknologi yang canggih menyebabkan penyelidikan dan pembanggunan terjejas dan ini akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
(e) Sistem Sosial dan Sikap Masyarakat
- sikap kurang menabung akan menyekat kebolehan negara mengumpulkan modal untuk tujuan pelaburan. selain itu, masyarakat yang lebih suka mengamalkan ekonomi sara diri menyebabkan kurang persaingan komersial akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
(f) Pasaran Terhad
- sekatan perdagangan antarabangsa menghalang perluasan pasaran eksport dan saiz pasaran domestik yang terhad disebabkan bilangan penduduk dan taraf hidup yang rendah menyebabkan pasaran menjadi kecil akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
(g) Ketidakstabilan Politik, Sosial dan Ekonomi
- masalah politik, keruntuhan akhlak, jenayah yang berleluasa, negara mengalami inflasi dan mata wang jatuh akan menyebabkan kurang pelabur asing untuk melabur dan ini akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
Galakan Kerajaan Untuk Mempercepat Pertumbuhan Ekonomi
(a) Menyediakan Kemudahan Awam
- seperti infrastruktur fizikal, prasarana, meningkatkan taraf pendidikan dan mengembangkan golongan usahawan.
(b) Menggalakkan Pelabur
- dengan mengurangkan kadar faedah pinjaman bank untuk pelabur meminjam wang untuk melakukan pelaburan ke dalam negara.
(c) Menjaga Kestabilan Politik dan Ekonomi
- dengan cara mengelakkan berlaku penyelewengan dalam badan kerajaan dan mengamalkan dasar-dasar ekonomi untuk menjaga kestabilan ekonomi negara.
(d) Meliberalisasikan Sistem Kewangan
- untuk menggalakkan aliran wang dalam negara agar keluaran negara bertambah seterusnya mengembangkan pertumbuhan ekonomi negara.

Perkelahan Di Sungai Kemensah
Hari ini nak menceritakan tentang perkelahan keluargaku bersama emak, adik perempuan(Mak Ngah) dan anak-anaknya, adik bongsuku sekeluarga(Pak Usu) ke Sungai Kemensah. Tak sangka kat KL pun ada tempat perkelahan yang menarik. Yang penting redup, anak-anak boleh mandi-manda dengan seronok, jimat dan dapt mengiratkan hubungan keluarga.Mulanya aku seorang yang bercadang nak pergi, hanya bertanyakan kepada adik bongsu yang dah pernah ke sana, lepas tu adik perempuan pula mengajak ke Desa Water Park.Confirm aku tolak mentah-mentah sebab dahlah bayar mahal, tak boleh bawa makanan, agak panas pula tu kalau tak kena tempatnya. Sampai sahaja ke sana, bayar RM10 untuk tapak yang agak selesa iaitu di bawah pokok di seberang sungai. Kalau nak sewa chalet(rumah kayu macam rumah orang asli)
pun boleh tapi masa tu dah habis sebab kami datang agak lewat.Sebaik sahaja anak-anak mandi manda, dapat call dari adik perempuan kata on the way nak join sama. ha ha...tak jadi ke nak ke DWP tu ....the more the merier. Lepas tu adik bongsu pula datang sekeluarga. Memang best. Terpulanglah pada masing-masing nak pilih tempat yang macam mana, nak yang air cetek ke, yang air dalam.Kalau nak merasa macam perkampungan ala-ala orang asli gitu datanglah ke sini. Syiok...Insyaallah cuti-cuti kami akan datang lagi.
Jumaat, 3 Februari 2012
Khamis, 26 Januari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)