SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Sabtu, 26 Mac 2011

MENGAPA UNTUNG NORMAL FIRMA PERSAINGAN SEMPURNA JANGKA PANJANG DIANGGAP ISTIMEWA? (MARKET EFFICIENCY AND FULL CAPACITY)

Dalam jangka panjang, hanya ada kos berubah. Ertinya, AC sepenuhnya juga ialah AVC. Bagi sesebuah firma persaingan sempurna (PS), proses penyesuaian mengakibatkan semua firma hanya akan menikmati untung normal dalam jangka panjang, iaitu menerusi proses keluar masuk firma dalam pasaran.


Pertamanya, untung normal firma PS jangka panjang tercapai di titik minimum LAC dan SAC serentak. Hal itu bermakna bahawa berlaku kecekapan pengeluaran. Keseimbangan MR = MC tangen dengan minimum AC.

[Huraian merujuk gambar rajah: lukis keluk yang lengkap dengan label paksi: Hasil, kos (RM); Keluaran (unit), 0; label keluk: LAC, SAC, SMC, AR, MR, DD, P, SMC; Lokus keseimbangan: Eo, Po, Qo].

Kedua, keseimbangan MC = MR firma PS jangka panjang tercapai pada P = MC, iaitu berlakunya kecekapan peruntukan. Keadaan itu bermakna bahawa firma telah memperuntukkan faktor dengan cara paling cekap bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat. Keadaan ini tidak akan berlaku dalam struktur pasaran lain sama ada jangka pendek, mahupun jangka panjang.

[sekali lagi huraian merujuk gambar rajah yang sama]

Ketiga, untung normal firma PS jangka panjang menunjukkan tercapainya keupayaan penuh, tiada lebihan kapasiti atau pembaziran sifar. Minimum SAC tangen (menyentuh) minimum LAC yang bererti loji optimum. Pada lokus sama, berlaku keseimbangan MR = MC. Apabila loji optimum bersamaan keluaran (output) seimbang bermakna wujudnya keupayaan penuh.

[huraian merujuk keluk yang sama]

Akhirnya, untung normal firma PS jangka panjang bersamaan titik tutup firma PS dalam jangka panjang. Syarat meneruskan operasi pengeluaran bagi mana-mana firma ialah keupayaan menampung minimum AVC, atau TR = TC. Disebabkan dalam jangka panjang AC ialah sepenuhnya AVC, maka titik minimum AC ialah titik minimum AVC. Keseimbangan MR = MC juga tercapai di lokus yang sama, bererti titik tutup firma berada pada kecekapan pengeluaran, kecekapan peruntukan dan tingkat keupayaan penuh.

[huraian masih merujuk keluk yang sama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan