SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Isnin, 28 Mac 2011

PENDEKATAN AE-AS, J-W KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA (GEOMETRIC RELATIONSHIP IN MACROECONOMIC ANALYSIS)

PENDEKATAN AE-AS, J-W KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA (GEOMETRIC RELATIONSHIP IN MACROECONOMIC ANALYSIS)
Bab keseimbangan pendapatan negara ialah tajuk yang paling penting, paling panjang dan paling kerap diuji dalam peperiksaan. Bermula dengan model aliran pusingan pendapatan, perbincangan dilanjutkan kepada persamaan matematik dan analisis data hipotetikal. Setelah itu, kaedah grafikal menerusi pendekatan perbelanjaan agregat - penawaran agregat (AE - AS), dan pendekatan suntikan - bocoran (J-W) diperkenalkan.

Bahagian AE-AS menunjukkan hubungan antara AE dengan pendapatan negara (Y). Telah dibuktikan sebelumnya bahawa pendapatan negara = perbelanjaan negara = keluaran negara. Maka, paksi Y juga mewakili AS.

Garis 45° mewakili AE = AS. Lokus persilangan (titik potong) antara garis 45° dengan sebarang fungsi AE (sama ada fungsi C, fungsi C + I, fungsi C + I + G, fungsi C + I + Xn), akan disambung secara selari dengan paksi menegak AE hingga menyentuh paksi mendatar (Y). Di situlah keseimbangan negara tercapai.

Sebarang peralihan fungsi AE dipengaruhi oleh ∆C,∆I, ∆G dan ∆X. Pada amnya, fungsi AE akan bergerak secara selari, sama ada ke atas atau ke bawah, melainkan apabila terdapat kesan cukai berkadar (proposional). Dalam kes pengecualian itu, AE bermula dari titik yang sama di paksi AE (ketika Y = 0), tetapi selepas itu beralih secara tidak selari (bentuk bercapah).

Bahagian J-W memerlukan keluk dibina dengan memisahkan nilai positif dan nilai negatif untuk paksi menegak. Paksi Y dan lokus keseimbangan Y masih sama, iaitu dengan menyambung hubungan geometrik daripada bahagian AE-AS. Bagi memudahkan analisis, fungsi suntikan J = I + G + X diandaikan sentiasa selari dengan paksi Y.

Tumpuan harus diberikan kepada hubungan geometrik fungsi AE dengan fungsi bocoran W = S + T + M. Titik mula fungsi AE mestilah sama jaraknya dengan campuran antara jarak antara fungsi suntikan dengan O. Maka, fungsi bocoran akan bermula seluruhnya pada lokus negatif.

Fungsi bocoran mestilah memotong fungsi suntikan pada setiap lokus keseimbangan Y. Maka, pelajar tidak perlu gusar jika fungsi bocoran tadi tidak memotong lokus keseimbangan Y pada paksi Y. Pelajar tidak perlu bersusah payah mensejajarkan fungsi bocoran sehingga dapat memotong kedua-dua lokus yang dimaksudkan.

Huraian teori dan penjelasan grafikal hendaklah menjurus terhadap hubungan geometrik yang berlaku antara dua pendekatan, jika tugasan menetapkan demikian. Sebaliknya, jika tugasan menetapkan analisis secara berasingan, tumpukan kepada pendekatan yang dikehendaki. Latihan melukis gambar rajah mungkin mengambil masa, tetapi dengan strategi menomborkan langkah, dan menggunakan warna pen yang berlainan, kecekapan pelajar akan meningkat berkali-kali ganda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan