SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Diharap anda dapat memberikan komen yang membina ke atas blog saya



Jumaat, 10 Februari 2012

Wang

Maksud Wang Sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran. Ciri-Ciri Wang Diterima umum Penawaran terhad Bernilai stabil Bernilai seragam Berbentuk seragam Mudah dibahagikan Mudah dibawa Mudah dikenali Tahan lama Jenis-Jenis Wang Wang sah/fiat Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara. Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia. Wang Tanda Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya. Wang Biasa Wang negara lain yang biasa diterima oleh penduduk tempatan. Misalnya, Dolar Singapura ialah wang biasa di Malaysia. Wang Hampir Alat yan dianggap sebagai wang untuk tujuan tabungan. Misalnya, sijil boleh niaga dan deposit tetap di bank perdagangan. Wang dalam Edaran Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara. Misalnya, wang kertas dan duit syiling yang mempunyai pelbagai nilai muka di Malaysia. Deposit Semasa Bank Perdagangan (Wang Bank) Deposit semasa yang boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat pembayaran. Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia. Nilai Wang Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang. Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat. Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan formula berikut: Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100 Ciri-Ciri Nilai Wang Nilai wang meningkat jika jumlah barangan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama bertambah. Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum. Indeks Wang (IW) berhubungan songsang dengan Indeks Harga (IH). IW1 / IW0 = IH0 / IH1 Apabila IH0 = 100, IW0 =100. Jika IH1=120 Maka IW1 = IH0 / IH1 x IW0 =100 / 120 x 100 =83.33 Perubahan nilai wang = (IW1 – IW0) / IW0 x 100% Penggunaan Wang mengatasi 4 Masalah Sistem Barter Masalah kehendak serentak. Masalah pengukuran nilai yang standard. Masalah kerosakan / penyimpanan nilai. Masalah bayaran tertunda / bayaran tertangguh. Fungsi Wang Sebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum). Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam). Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama). Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit) Pengaruh Inflasi Ke Atas Fungsi Wang Aktiviti Kelas: Perbincangan Berkumpulan Bagaimana masalah inflasi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap fungsi-fungsi wang. Definisi Bekalan Wang / Penawaran Wang Penawaran wang merujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi. Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2. Bekalan wang M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling, dan deposit semasa dalam bank prdagangan. Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga. Bekalan wang M1 Bekalan wang M1 merupakan definisi wang yang sempit dan terdiri daripada mata wang dalam edaran, iaitu duit syiling dan wang kertas serta simpanan semasa dalam bank perdagangan. M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit semasa Bekalan wang M2 Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa). M2 = M1 + wang hampir dimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan. Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank-bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat. Bekalan Wang Di Malaysia Dikawal oleh Bank Negara Malaysia. M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek. M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir) Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999. Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999. M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999. Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.

2 ulasan:

  1. membantu untuk saya yg zero ekonomi ni

    BalasPadam
  2. saya masih baru untuk ekonomi. pertumbuhan penawaran wang sama ke dengan pertumbuhan wang? dan apakah yang dimaksudkan kredit didalam sektor perbankan malaysia?

    BalasPadam